Khamis, Mac 13, 2008

MB baru Perak


Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.


Sementara dua timbalannya diberikan kepada wakil rakyat bukan Melayu, seorang pemimpin DAP dan seorang lagi, belum dipastikan, seorang wakil rakyat keturunan India.

Pengerusi DAP Perak, yang juga wakil Setiawan, Ngeh Koo Ham dilantik timbalan menteri besar I. Jawatan timbalan kedua untuk mengendalikan masyarakat India belum diputuskan.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja. DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam). Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang (13 Mac 2008).

Mohamad Nizar berkata perkenan Sultan sudah dimaklumkan kepadanya oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta jam 5 petang ini.

Selain Nizar dan Ngeh, bendahari PKR Perak Jamaluddin Mohd Radzi yang turut dicalonkan untuk jawatan menteri besar diperkenan menghadap Raja Nazrin.

Senarai tiga nama itu dikemukakan selepas tiga parti tersebut mendapat perkenan baginda untuk membentuk kerajaan campuran.

Bercakap kepada pemberita di perkarangan Istana Kinta, Nizar berkata kedua-dua jawatan timbalan itu diwujudkan bagi mengambil kira kepentingan rakyat berbilang kaum di negeri ini khususnya Cina dan India.

--Malaysiakini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhirnya en.legend dapat MB!!!

Nandre The Legend berkata...

hidup kepada Ir Nizar..
semoga Tuhan berkati negeri Perak dengan pemerintahan yang baru.. walaupon sebelum nie memang dah aman...

semoga Tuhan berkati semua org perak..

kejor yob kejor...