Jumaat, Oktober 23, 2009

Man Laksa & Co.

Pernah tengok cherita Man Laksa ka? hahahahaahaa.. Inilah dia ceritanya yang telah berlaku kat Seri Nuang pada 17 Oktober 2009 yang lalu. Kami geng2 Persatuan Penduduk organise jamuan hari raya aidil fitri. Maka tercetuslah idea untuk adakan live band. Malam tu, band yang bergelar --> The Nuangers telah mempersembahkan beberapa lagu bagi menghangatkan suasana jamuan raya. So, far ok lah, training cuma ambek masa 6 hari. layannnnn. Lepas ni ambil kontrak nyanyi rumah orang kahwin lah pulak.

Khamis, Oktober 22, 2009

The Nuangers

Khamis, Oktober 15, 2009

Aku seorang ahli muzik

Ahlil Muzik? Pantang keturunan ku berkahwin dengan ahlil muzik....

Itulah dia sedutan skrip dari cherita Ibu Mertuaku arahan P. Ramlee. Kalau kita tengok cherita tu, mesejnya cukup jelas mengatakan bahwa menjadi ahli muzik pada zaman itu tidak menjanjikan apa-apa masa depan. Orang-orang pada zaman itu lebih nampak orang yang bekerja contohnya, peguam, doktor, guru dan sebagainya sebagai satu jaminan hidup untuk diri dan jugak keluarganya.

Tapi kalau kita bandingkan dengan sekarang, skopnya lebih meluas. Seorang yang berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan boleh mencari makan jika jalan yang dipihnya itu betul dan bijak. Tidak semua ahli muzik yang berjaya, tapi tak dinafikan juga, ramai yang berjaya menempah nama di persada dunia muzik tempatan dan antarabangsa.

Malah, ada di antara mereka yang bertahun-tahun lamanya tinggal di luar negara semata-mata memenuhi impian dan cita-cita mengharumkan nama negara. Ini adalah realiti masa sekarang.

Oleh itu, marilah ahlil-ahlil muzik semua, serlahkan bakat anda dalam bidang ini demi memartabatkan bakat dan kebolehan dalam bidang ini. Good luck boys for the performance this coming saturday.

Isnin, Oktober 05, 2009

Hujan & Raihan

Mencari konklusi - Noh and Hujan

Hujan - Mencari Konklusi

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi