Khamis, Disember 31, 2009

amalan gotong-royong

Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas; tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.

Amalan bergotong-royong sememangnya telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya masyarakat Melayu di desa yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Kesibukan masyarakat bandar yang kerap membawa diri sendiri dan mementingkan kerjaya dan kebendaan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam amalan ini.

Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.

Dalam perbincangan pula, sikap bergotong-royong pun turut menguntungkan para pelajar. Jika pelajar bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk sesi perbincangan, perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar. Pengetahuan tentang tajuk yang dibincangkan juga bertambah kerana setiap pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting yang boleh dibincangkan.

Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh para pelajar bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejirananan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar.

Selasa, Disember 22, 2009

XPDC kembali dengan 'Rasopariso'

Akhirnya, line-up terakhir pada 1997 XPDC kembali lagi dengan RASOPARISO. Sebuah album yang teramat dinantikan kepada peminat-peminat Heavy Metal Melayu. Setelah artikel terdahulu (klik), akhirnya aku berpeluang untuk mengulas buah tangan terbaru daripada XPDC. Rasopariso bermaksud budi baik. Bahasa Jawa ka, Minang ka, Banjar ka... aku orak tau, sebab maksud rasopariso ada ditulis dalam inlay album ni.







Tracklist bagi XPDC - Rasopariso ialah:

* Sanasinisamasaja
* Aku Tetap Aku
* Ntahye Ntahtidak
* Rasopariso
* Rasa
* Puing Cinta
* Sampai Bila
* Curahan Rasa
* Menentang Arus
* Raja Kertas (Bonus Headbang: Remastered)
* Talam Dua Muka (Bonus Headbang: Remastered)
* Bahalol (Bonus Headbang: Remastered)
* Tak Nak Jadi Soh Chai (Bonus Headbang: Remastered)

So, album nie mesti kena beli... tak rugi.

Khamis, Disember 17, 2009

Malaysia vs Vietnam







Saksikan perlawanan akhir bolasepak ini pada 17 Disember 2009 bermula 6.00 petang di TV2. Hidup Malaya..

Rabu, Disember 16, 2009

The Siglap 5
















The Siglap 5 ditubuhkan pada tahun 1963 di Singapore. Line up asal adalah:

Hamid (vocals)
Karim (guitar)
Nick (bass),
Hamidon (bass)
Ariff (drums)
Kamsin (guitar)

Sumber: http://www.kiwi-us.com/~hitomi/singaporean2.html

Salt Media

Salt Media is the first and only Malaysian company set up by a team made up exclusively of ex-journalists. The company ensures work is of high impact, tailored to individual requirements and, most importantly, affordable for the client.

www.saltmedia.com.my

Jumaat, Disember 11, 2009

Besday Sultan Selangor

11 Dis 2009 adalah hari ulangtahun keputeraan Sultan Selangor, maka ianya merupakan hadiah dari sultan yang merupakan cuti umum bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Walaupun saya tinggal di Shah Alam, tetapi kerja di Wilayah Persekutuan, maka takdalah cuti. kerja macham biasa lah. Hari nie jalan ke Wilayah Persekutuan memang clear baik pagi dan petang. Itulah kelebihan kalau Selangor cuti.

Apa pun selamat bercuti kepada semua orang yang kerja kat Selangor. kita tunggu Awal Muharam, cuti satu Malaysia.

Sempena cuti umum ini, satu 'Larian Rakyat' sempena keputeraan Sultan Selangor yang diadakan di i-City, Seksyen 7, Shah Alam, lihat di sini.

Selamat sejahtera kepada al-sultan yang memerintah.

Isnin, Disember 07, 2009

Aku dan Basikal

Pada 6 Disember 2009 bertempat di Bukit Cherakah, aku dan 3 org lagi member telah berbasikal dalam taman tersebut yang berbukit-bukau. Ini sempena Seri Nuang buat program Kem Bestari untuk kanak-kanak sekolah rendah. Kapten Ahmad dan ibunya naik bas sekali dengan peserta program dan lain-lain fasilitator.

So, kami berempat nie naiklah basikal sampai Empangan Sungai Baru, tempat bela ikan. Dah lama tak naik basikal, peh, menchabar jugak nie. Tapi apa yang buleh disimpulkan, memang layan beb... Ramai betui org yang datang semalam nie, parking keta pon penuh.

Kami plan buat family day pulak tahun depan dalam bulan Feb atau Mac. Semalam nie pon merangkap survey program la, kat mana yang sesuai nak buat dan apa aktiviti yang perlu diadakan untuk peringkat orang tua dan kanak-kanak.

Taman Pertanian sekarang ni memang hidup balik, tak macam satu masa tu dia memang mati. Oleh itu, tak rugilah kalau buat program kat sini. Paintball pon ada jugak..