Rabu, Julai 27, 2011

Sembahyang tak kira tempat

Gambar ini diambil di suatu tempat di Putrajaya. Seorang pekerja lanskap bukan warga Malaysia sedang membayar hutang hariannya.

8 ulasan:

SSulieana berkata...

islam itu mudah lagi indah...

Black machine berkata...

Ya, itulah dunia Islam...

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Tuhan Maha Kuasa, sesiapa yang mahukan kebaikan, buatlah kebaikan selalu.

ketua samseng P8H berkata...

Firman Allah SWT bermaksud:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

(Surah Al Ankabut: 2)

Huraian Ayat:

1. Bukan mudah sebenarnya untuk kita mendapat nikmat syurga Allah SWT di akhirat kelak dengan hanya mengisytiharkan keimanan melalui bibir dan mulut sahaja. Allah SWT semestinya akan menguji keimanan setiap hambanya untuk mengetahui sejauh mana kualiti keimanan itu. Keimanan ini harus dibuktikan melalui ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melakukan dengan anggota badan.
2. Dalam kita memperjuangkan muamalah Islam khususnya aspek pengurusan risiko ini, semestinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Cabaran- cabaran ini boleh datang dari luar atau dalaman diri kita sendiri. Sengaja Allah SWT menurunkan cabaran-cabaran ini sebagai ujian untuk mengenalpasti siapa yang akan terus iltizam dan istiqamah dalam perjuangan ini. Hal ini merupakan proses penapisan secara langsung dari Allah SWT untuk mengetahui siapa yang benar-benar beriman kepadaNya.
3. Allah SWT menjelaskan bahawa cara untuk berhadapan dengan ujian ini adalah dengan meminta pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Firman Allah SWT; “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. (Surah Al-Baqarah: 45)
4. Terdapat tiga jenis kesabaran yang perlu ada pada setiap Muslim iaitu:
a) Sabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah
b) Sabar daripada melakukan maksiat kepadaNya
c) Sabar atas segala takdir kesusahan dan ujian yang menimpa
5. Justeru, segala masalah dan cabaran yang kita hadapi, anggaplah ia merupakan ujian dari Allah SWT. InsyaAllah, dengan kesabaran yang jitu, perancangan yang baik dan kesatuan yang mantap akan membuahkan penyelesaian dan jalan keluar dari masalah-masalah yang dihadapi. Semoga kita menjadi hambaNya yang sabar.

Unknown berkata...

nice a nan..

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Orang nie memang ikut masa, dia sampai pagi, makan dulu pastu dia kerja, then tengah hari rehat sambil tido, pastu semayang... sampai la petang plak, berenti semayang asaq, pastu lima lebih dia balek...

susah tu, mana ada motor. jalan kaki ja aku tgk dia.

Mat Jaki Jipang berkata...

Mat Nandre, sejak bila hang berkecimpong dalam donia paparazzi nih.. huhu

BTW, panorama terbaeekkk.. syukurr...

ebby saiful berkata...

aku memang photographer yang selalu ambek gambaq macam tu.

tunggu aku ada SLR nanti, lagi la senang aku nak mem'paparazzi'rahmankan apa-apa gambaq nanti.