Sabtu, September 29, 2012

Motivasi

1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama 2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab 3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. 4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan 5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire 6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. 7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. 8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. 9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson 10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh. 11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. 12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji… 13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi. 16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal. 18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja. 19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159 20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Khamis, September 20, 2012

Gerbang Kayangan

Khamis, September 13, 2012

Lama tak main drum solo

Lama tak main drum solo, dulu masa ITM tahun 1996, first time perform drum solo kat Foyer Menara ITM yang sekarang dikenali sebagai Menara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang ada 13 tingkat tu dan merupakan bangunan paling tinggi kat Shah Alam. Bukan apa, tengok guru drum aku kahwen baru-baru ni dalam FB dia, tengok dia perform drum solo kat kenduri dia, dengan budak Klang High School Bagpipe Band pun datang sekali. Tengok dalam FB aku, aku ada share dengan semua. Rindu nak main drum solo lagi nie.

Ahad, September 09, 2012

Baraan Raya + Jamuan Raya Seri Nuang


Inilah sedikit gambar semasa Baraan Raya Level 2 minngu lepas dan jugak jamuan raya pada 8 Sept 2012. Senapang tu jiran punya, dia buat perhiasan kat dinding. Jiran tu adalah stage master untuk design pentas masa jamuan raya. Jamuan Raya juga telah dihadiri oleh YB Dr Hj Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik, Shah Alam (tengok gambar tengah potong kek, dia pakai baju batik hijau).

Sabtu, September 01, 2012

Sekitar Raya 2012

Ini gambar semasa raya puasa 2012 kat Tepen dan Sekinchan. Jadilah ada sikit, test camera baru la nie hehe.