Ahad, Februari 24, 2013

Rock Oo! --Rimba Bara Kembali

Khamis, Februari 21, 2013

Dari Microsoft ke Room To Read

Sekiranya kita pernah terfikir mahu meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah pengalaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi.

Kisah beliau yang dihidangkan dalam buku Leaving Microsoft to Change the World Edisi Bahasa Melayu ini menawarkan gambaran jelas yang dibawakan dengan penuh emosi serta cerita yang mengasyikkan mengenai John Wood yang mengambil setiap pengajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft lantas digunakan bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia.

Buku ini mengisahkan kehidupan John Wood yang nekad. Sekali dia melangkah, dia tidak akan berpaling lagi. Kerana nekad itulah, nasib beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia kini terbela.

Di usia kerjaya yang mencecah sembilan tahun di Microsoft, John sudah punyai segalanya, wang, kedudukan, teman wanita yang juga daripada golongan ekspatriat, namun itu semua tidak menjanjikan kepuasan hidup bagi John Wood.

Percutiannya ke Nepal pada suatu hari, mengubah keseluruhan hidupnya. Setelah melawat sebuah sekolah di situ yang hanya mempunyai beberapa buah buku bagi dibaca oleh murid-murid, di hati kecil John terdetik rasa hiba. Buku-buku itu malah dikunci pula di dalam almari, kerana para guru tidak mahu murid-murid merosakannya, betapa berharganya buku bagi mereka. Sejak saat itu, John nekad mahu meninggalkan jawatan tinggi yang disandangnya di Microsoft dan memulakan hidup baru dengan menjadi pengasas pertubuhan Room to Read.

Hasil usaha keras John, 7500 buah perpustakaan berjaya ditubuhkan di seluruh dunia, 830 buah sekolah telah dibina, 6 juta buah buku berjaya dikutip dan didermakan dan 8800 orang pelajar telah menerima biasiswa pendidikan.

Kehidupan yang dikelilingi warga buta huruf, golongan yang tidak berkemampuan namun tinggi semangat mahu meneruskan hidup, membuatkan hidup John kini lebih bermakna, berbanding ketika menjadi Pengurus Pemasaran Microsoft Asia dengan dihujani wang melimpah-ruah dan glamor hidup di kota metropolitan.
Memetik kata-kata beliau yang begitu bermakna, "Anda tidak perlu menjadi Bill Gates atau Warren Buffett untuk mengubah dunia".

Penterjemahnya, Tuan Iskandar Syah Ismail menjelaskan buku ini sesuai kepada sesiapa yang mempunyai impian.

"Saya sendiri mendapat inspirasi dari buku ini bagi menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim di Malaysia dan Indonesia," jelas beliau. Kisah kehidupan John Wood ini sekaligus memberi inspirasi kepada mereka yang mahu bergiat aktif dalam NGO di Malaysia.

Sumber: PTS

Selasa, Februari 19, 2013

Librarians and Libraries


Pic: Yonsei University Library, Seoul, Korea
Libraries as primary gateways to information are therefore important vehicles for the acquisition of knowledge.  Libraries as knowledge institutions provide spaces for information-sharing and learning for all ages, genders, ethnicities and socio-economic groups regardless of their information/knowledge needs. Libraries facilitate access to information thereby providing the means through which new knowledge is developed and made available to all. So, how do and how can libraries drive access to knowledge?
In Quebec City the following emerged as the key enablers/aspects for access to knowledge through/by libraries and librarians:
  • Libraries and librarians must become more user-oriented by:
    • bringing libraries and their resources to the users;
    • empowering users through information literacy, social networking, etc.;
    • enabling access to information (a paradigm shift from a custodial approach); and
    • facilitating the full participation of all citizens in societal activities.
  • Libraries and librarians must become active in advocacy by actively  promoting libraries:
    • including the perspective of the users in their operations;
    • communicating effectively with stakeholders on library/society matters;
    • driving library policy/ies;
    • facilitating and supporting open access for all;
    • promoting a broader library agenda with key partners/stakeholders; and
    • becoming innovative information agents.
  • Libraries and librarians must create partnerships and foster opportunities for convergences with:
    • other societal stakeholders such as health workers, teachers, environmentalists, etc.;
    • commercial/private enterprises; and
    • other cultural/knowledge institutions.
  • In addition participants determined that library as space and place should foster:
    • information for ALL;
    • opportunities/gateways for social inclusion;
    •  “Wow” environments and experiences;
    • content in formats that appeal to young people and other discrete library user groups;
    • community knowledge space/s;
    • libraries as safe and trusted public spaces;
    • multicultural communities having their voices heard; and that they should serve as gate-openers to information
Source: Words by past-President of IFLA, Ellen Tise

Isnin, Februari 18, 2013

Ketuk, layan bunyi ...



Tak seperti vokalis atau gitaris, pemain dram biasanya kurang menonjol dalam sesebuah band. Namun tanpanya, kumpulan itu tak akan lengkap malah tempo lagu akan hambar. SHUHADA MANSOR menyelami 4 pemain dram di kalangan remaja.

Sejak bertapaknya kumpulan muzik di tanah air, belum pernah ada komuniti pemain dram ditubuhkan secara rasmi di negara ini. Menyedari hakikat itu, beberapa anak muda membentuk My Drummer Official (MDO) yang mengumpulkan pengetuk dram di seluruh Malaysia tanpa mengira had umur dan bangsa.
Ditubuhkan tiga tahun lalu, salah seorang pengasas MDO, Tunku Mohamed Amirul Shah Tunku Mohamed Edroos, 28, berkata, pada awalnya mereka hanya bermain secara suka-suka di tepi jalan namun tak menyangka eksperimen itu berjaya.

“Orang selalu tengok ‘busker’ atau pemain dram secara beramai-ramai di tempat awam. Kami cuba buat kelainan dengan bentangkan dua atau tiga set dram dan hiburkan orang ramai secara percuma. Mungkin ia fenomena baru di Malaysia tapi kalau di luar negara, aktiviti seperti ini sudah jadi biasa. Kami nak pelbagaikan aktiviti seni, bila dapat sambutan dan dijemput untuk sertai acara rasmi, rasa gembira sebab orang mula nampak kewujudan ahli muzik sebagai antara kelompok penghibur,” katanya.  Katanya, MDO kini bergabung dengan Malaysian Youth Busker Club untuk mengumpul dan mengukuhkan lagi kelompok pemain dram tempatan. MDO dianggotai seramai lebih 200 ahli berdaftar dengan 1,400 ahli tidak rasmi di Facebook terdiri daripada pelbagai had umur dan bangsa. 


Tips belajar main dram
1. Anda boleh melihat video pelajaran bermain dram di Internet.
2. Membeli buku bermain dram yang mengajar dari langkah pertama.
3. Membeli satu set dram yang tidak terlalu mahal.
4. Daftar ke tempat kursus bermain dram di kelas muzik.
5. Muat turun percubaan percuma atau beli program dram dari Internet. 


Sumber: Harian Metro

Ahad, Februari 17, 2013

Tears of Repentance

Skuad Pasar Malam - 16 Feb kat Tepen wei..

Khamis, Februari 14, 2013

Insurans kenderaan naik pada Feb 2013

SHAH ALAM, 14 FEB: Pemilik kenderaan di seluruh negara bakal berhadapan kenaikkan tarif insurans kenderaan bermula esok 15 Februari 2013. Penstrukturan ini akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa.

Wartawan Tv Selangor menghubungi beberapa ejen insurans bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita berkenaan. Berdasarkan maklumat yang diberi kenaikan ini sebanyak RM12 bagi setiap RM1,000 nilai insurans yang dibayar pengguna. Bagaimanapun kenaikan ini bergantung kepada syarikat insurans sama ada akan menaikan esok ataupun syarikat boleh menangguhkan sehingga Mac depan.

Kenaikan secara berperingkat sehingga tahun 2015 bermula pada tahun 2012 dan ini merupakan tahun kedua kenaikan ini berlaku. Berdasarkan laporan beberapa media pada Februari 2011, perkara ini pernah diumumkan sendiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari.

Selasa, Februari 05, 2013

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ditempatkan di Bangunan Sultan Sulaiman di atas perkenan D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Bangunan Kolonial Klasik rekaan arkitek A.B. Hubback ini dibina pada tahun 1909.

Bangunan ini pernah menempatkan pejabat pemerintah British. Pemerintah Jepun pernah menjadikannya sebagai markas tentera semasa Perang Dunia ke-2. Bangunan ini kemudiannya dijadikan pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan tempatan sehinggalah ianya diubahsuai kepada Galeri Diraja pada tahun 2005.

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Melawat:
Selasa - Ahad : 10 pagi hingga 5 petang
Isnin & Cuti Umum : Tutup

Keterangan lebih lanjut sila hubungi
Tel: 03-3373 6500
Faks: 03-3373 6510

Sabtu, Februari 02, 2013

Masa dalam Brass Band ITM dulu-dulu