Sabtu, Mac 22, 2008

Pelancaran buku Tan Sri Basir Ismail

Pelancaran buku hasil nukilan Tan Sri Basir Ismail telah diadakan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac 2008 jam 3 petang yang mana telah disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Buku yang bertajuk "Management Astray - Resuscitating Ailing Organisation" boleh dibeli dengan harga RM 49.80 (Soft cover) dan RM 98.90 (Hard cover). Ianya diterbitkan oleh Berita Publising.

Tan Sri Ismail meninggal dunia pada 19 Januari 2007 lalu, salah seorang pengasas ANGKASA, meninggal dunia akibat sakit tua dalam usia 80 tahun. Dilahirkan pada 11 Februari 1927, Allahyarham juga merupakan pengasas kepada beberapa buah koperasi di Johor. Pada 21 Julai 2001, ANGKASA pernah menjemput Allahyarham dan beberapa pengasas lain, menerima anugerah penghargaan Pengasas ANGKASA, di Majlis Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa Ke-79 dan Sambutan 30 Tahun ANGKASA.

Tan Sri Basir Ismail dikenali ramai sebagai tokoh korporat. Antara jawatan yang pernah dipegang adalah Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad, Kumpulan FIMA, Institut Penyelidikan Kelapa Sawit, Lembaga Padi Dan beras Negara, Sepang F1 International Circuit dan banyak lagi.

Petikan kata-kata Dr. Mahathir, "It was actually the late Tan Sri Basir Ismail who was the man responsible for putting Malaysia in the Formula One (F1) racing map..." -- Bernama

Gambar-gambar -- by Jinggo

10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. semoga Allah merahmati roh Tan Sri diatas jasa2 beliau kpd negara..amin

    BalasPadam
  4. makaseh bang taqie yang mulia...
    semoga kita beroleh manfaat dari apa yang tekah diperolehi...

    BalasPadam

The Legend mengucapkan terima kaseh di atas komen yang telah diberikan...