Selasa, Mei 03, 2011

Premium insurans kereta lama normal

KUALA LUMPUR: Berkuat-kuasa serta-merta kenderaan persendirian melebihi jangka hayat 10 tahun akan dikenakan kadar premium pasaran normal dan tidak tertakluk kepada bebanan yang dikenakan terhadap kenderaan berisiko tinggi. Serentak itu, pemilik kenderaan persendirian terbabit boleh mendapatkan perlindungan insurans di semua penanggung insurans dan pejabat pos seluruh negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam turut mengumumkan penanggung insurans memberi komitmen untuk menyediakan perlindungan kepada motosikal ditajajamin Insuran Kenderaan Berkelompok Malaysia (MMIP).

“Sehubungan itu, penanggung insurans harus memberitahu pelanggan mereka sama ada perlindungan insurans motor yang ditawarkan, disediakan oleh pihak penanggung insurans atau MMIP. Selain itu, kenderaan melebihi 10 tahun atau ‘kenderaan tersisih’ hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika kenderaan terbabit dianggap berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak bercadang membatalkan perlindungan insurans bagi kereta lama dan kenderaan berharga bawah RM10,000.

Perdana Menteri berkata, kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah disebabkan syarikat insurans menanggung kerugian berikutan kos tuntutan tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium dikenakan. BNM berkata, bagi memastikan hak pengguna dilindungi, pihaknya melarang penanggung insurans daripada memaksa pelanggan mereka supaya membeli produk bukan motor sebagai syarat untuk mereka menjual perlindungan insurans.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baru.

8 ulasan:

  1. tak berapa nak faham la...

    BalasPadam
  2. Premium untuk keta lama adalah biasa dan tidak dinaikkanratenya... kan sebelom ni ada isu pasai org complaint pasai insurance company naikkan premium kepada pemilik keta lama...

    BalasPadam
  3. ooooo gitu ropanya...

    kete aku baru 5 tahon, belom tau lg camne rasa renew policy insurans kete umoq 10 tahon ke ataih.. huhu

    BalasPadam
  4. Tu la hang,

    tgk macam aku, guna keta tahun 1993 first model Wira 1.5... jangan main-main...

    aku nak trade in la ambek Nissan Sunny, ok tak?

    BalasPadam
  5. Baik hang amek Nissan Serena lama yg bentok dia bulat-bulat tu. buleh boh ramai sket passengers.

    maklum la kedepan-kedepan kan hang nak menambah ahli keluerga.. hahaha..

    BalasPadam
  6. Ambek lori pickup la.. buleh isi nyioq muda..

    BalasPadam

The Legend mengucapkan terima kaseh di atas komen yang telah diberikan...