Selasa, Jun 10, 2025

UM Cares at Taiping

Foto ihsan Facebook Universiti Malaya

PARLIMEN TAIPING KAWASAN PERTAMA MENJADI KAMPUNG ANGKAT UNIVERSITI MALAYA (UM)

Parlimen Taiping telah dipilih sebagai kawasan perintis dan menjadi Kampung Angkat Universiti Malaya (UM), yang dilaksanakan melalui Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares).
Inisiatif sulung ini direalisasikan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerusi Majlis Pelancaran UMCares@Taiping yang berlangsung semalam. Taiping dipilih sebagai lokasi perintis kerana nilai sejarahnya yang kaya serta potensinya dalam pembangunan mampan.
Sebanyak 9 projek akan dilaksanakan di Taiping, antaranya Projek Pembangunan Kaki Bukit Larut, Projek One Million Trees Programme, Projek Financial Empowerment for Rural B40 Entrepreneurs, dan lain-lain.
Usaha ini sejajar dengan agenda strategik Universiti Malaya: Communitize, Internationalize, dan Industrialize. Ia bukan sekadar slogan, tetapi merupakan komitmen untuk menyantuni komuniti melalui penglibatan tenaga akademik, pentadbir, dan pelajar yang turun padang, berkongsi ilmu dan tenaga demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: Facebook Universiti Malaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The Legend mengucapkan terima kaseh di atas komen yang telah diberikan...