Selasa, Jun 24, 2025
Isnin, Jun 23, 2025
Ahad, Jun 22, 2025
Sabtu, Jun 21, 2025
Super School Rugby Academy 2025: KEVII School vs SMK Shah Alam
Hari ini menyaksikan perlawanan suku akhir ragbi Super Schools Rugby Academy 2025 di antara
Kata-lata YAB Perdana Menteri Semasa CONSAL XIX
Intisari Ucapan YAB Perdana menteri semasa Upacara Perasmian CONSAL XIX pada 17 Jun 2025 di WTC, Kuala Lumpur:
Jumaat, Jun 20, 2025
Buku-buku PBAKL 2025
Hasil tangkapan semasa PBAKL dan pasca-PBAKL yang lalu. Masih dalam proses pembachaan. Tajuk-tajuknya:
Khamis, Jun 19, 2025
Galeri Haji Pulau Pinang
Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran. Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pejabat urusan tiket kapal haji pada tahun 1900-an. Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam “core zone” Tapak Warisan Dunia, George Town.
Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima 10,000 orang pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara. Galeri Haji Pulau Pinang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai “The First Hajj Gallery in Malaysia.” Selain itu, YIPP juga menerima Anugerah Cemerlang Warisan 100 tahun Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Baca: BERNAMA | Astro Awani | Kosmo | YIPP | Utusan Borneo |
Rabu, Jun 18, 2025
Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi
Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi
Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.
Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.
Al-Marbawi di Mesir
Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah ‘Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.
Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai ‘Kamus al-Marbawi’ itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.
Sumbangan Karya al-Marbawi
Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.
Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.
Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi. Sheikh Muhammad Idris al Marbawi telah banyak menghasilkan ulama’ ternama tanahair yang mana antara muridnya yang terkenal kini adalah Prof. Dato’ Dr.Haron Din
Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi
Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-
1.Kamus al-Marbawi
Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za’. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya’. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.
2. Kitab Bahrul Mazi
Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.
Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.
Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi
Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, atas usaha Prof. Dato’ Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.
Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Padang Rengas, Perak.
Sumber: Mantap Man | AlMarbawi | Art Melayu |
Selasa, Jun 17, 2025
Amalan Membaca di Kalangan Penjawat Awam
Isnin, Jun 16, 2025
Taiping Terima Lawatan Dari GESTURZ, UiTM
𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗚𝗘𝗦𝗧𝗨𝗥𝗭 𝗣𝗔𝗬𝗦 𝗖𝗢𝗨𝗥𝗧𝗘𝗦𝗬 𝗖𝗔𝗟𝗟 𝗧𝗢 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗡𝗜𝗖𝗜𝗣𝗔𝗟 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗖𝗜𝗟 (𝗠𝗣𝗧), 𝗕𝗥𝗜𝗡𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗥𝗘𝗔𝗧 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗦 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗕𝗬 𝗣𝗨𝗥𝗣𝗢𝗦𝗘 𝗔𝗡𝗗 𝗣𝗔𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡
TAIPING - A vibrant blend of heritage, technology, and community spirit was set in motion when the Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, paid a meaningful courtesy call to the Taiping Municipal Council (MPT) on 30 May 2025. This inspiring meeting marked the beginning of a meaningful collaboration between academia and local government, united by a shared vision to transform Taiping’s historical charm into an engaging and dynamic public experience.
The UiTM GESTURZ delegation was led by Encik Mel Rasidi, Deputy Registrar who is currently serving as the Acting Director. He was accompanied by twelve members of the curation team, which included curatorial fellows (Puan Noriza Arzain & Puan Jenneta Ibrahim), graphic design and digital media coordinator (Puan Fazlina Jaafar), senior lecturer (Puan Nurzeti Hj Abd Ghafar) , administrative officers (Encik Aedie Azrul Ab Aziz, Puan Siti Soleha Salamun, and Puan Nurul Aida Mohd Sohaime), enthusiastic bachelor’s degree students from the graphic design & digital media programme (Sdr. Muazsyazani Bin Mahzan, Sdr. Ahmad Fauzan Mohammad Fazil, Sdr. Muhammad Saiful Izzat Mohd Nazri, and Sdr. Nur Aiman Fakhriy Mohd Azni Yusri) and freelancer (Sdr. Darwisy Mifzal Faizal).
Ahad, Jun 15, 2025
Pustakawan agen perubahan sosial bukan sekadar penjaga rak buku
Sabtu, Jun 14, 2025
Apa peranan Pustakawan di era kecerdasan buatan?
Jumaat, Jun 13, 2025
Stage 01: Concert Photography by TapaOtai
Buku bergambar oleh Mustaffa Ahmad Hidzir atau lebih dikenali sebagai Tapa Otai.
Menampilkan lebih 100 gambar yang diambil dari persembahan/konsert muzik artis-artis Malaysia.
Khamis, Jun 12, 2025
Rabu, Jun 11, 2025
Selasa, Jun 10, 2025
Tragedi Bas Pelajar UPSI - 9 Jun 2025
Dalam detik hiba itu, Tuanku memadam batas protokol. Yang tinggal hanyalah rasa belas, yang mengalir tulus dari hati seorang Sultan kepada hati rakyatnya yang retak.
Duka ini bukan milik satu keluarga sahaja. Ia luka satu negara.
Dan ketika air mata jatuh tanpa henti, hadir seorang Sultan bukan untuk berkata apa-apa, tetapi untuk menjadi bahu tempat bersandar. Seluruh negara berduka.
Daulat Tuanku
Foto kredit Bernama