
Micheal Jackson, atau nama Islamnya, Mikaeel telah kembali kepada-Nya pada 25 June 2009 di LA. Gambar di atas merupakan cover album solo beliau yang pertama yang diterbitkan pada tahun 1972.
Al-Fatihah (Only God knows)
Label: wacko jacko
Kapten Ahmad Irfan dah setahun!!!!




Hari nie 14 Jun 2009 genaplah umur Kapten Ahmad Irfan setahun. Alhamdulillah kapten Ahmad sihat dan bertenaga seperti biasa. Orang baru dapat kaki la katakan, apa lagi, pusing satu rumah tak berenti. Dapat naik buaian kat bawah tu lagi la suka, sebab ada budak-budak lain yang main sama.
So, kepada Kapten Ahmad Irfan, pihak Pengurusan Arts.Limited mengucapkan selamat hari jadi dan semoga murah ruzki, bijak selalu, senyum selalu dan happy selalu. Jadilah Kapten Ahmad yang berjasa kepada nusa dan bangsa.
Peace for You. :) Happy besday to you, happy besday to you...
Label: kapten ahmad



Bila sebut pasal fotografi, aku dah lama suka. Ini disebabkan minat aku terhadap bidang nie menjadi-jadi lama dah ni. Aku rasa nak pi ambik course untuk buat fotografi, sekurang-kurangnya buleh dijadikan sebagai side income. modalnya cuma beli camera dan ada PC power. Itu dah kira ok la tu.
Kekadang bila tengok geng-geng photographer dok pegang camera best-best nie, aku rasa jeles la plak.. aku punya camera kecik ja. Kat ITM ada course untuk fotografi nie. Aku ada jugak survey-survey, kat OUM (Open University) ada buat twinning dengan Alvin Leong Academy of Photograhy, ada offer course ni. Macam menarik ja.
Sambil kita kerja nie, kena buat jugak la kerja-kerja sampingan sambil memenuhi hobi sendiri. Aku suka ambik gambaq nie, memang dah suka. Sekarang nie tinggal nak beli camera canggih sikit la.. baru best. Ini adalah satu chabang seni. Aku suka seni.
Ada some links about photography punya dunia:
http://www.mir.com.my/rb/photography/htmls/knowledge_main.htm
http://www.mir.com.my/rb/photography/htmls/portfolio.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Photography
http://photography.about.com
http://www.davidchuaphotography.com
http://photo.net
Label: Photography

More article: http://rockybru.com.my/2009/05/1-sekolah-untuk-semua.html
Label: satu sekolah untuk semua

Good news for libraries. There is now an easier method for scanning a book without damaging the spine, thanks to e-Scan — a book scanner from France-based i2S SA, under its DigiBook series.
According to DigiBook regional sales manager Alexandre Besson, the e-Scan is a compact book-scanner that allows a user to scan any kind of book or bound documents, including fragile papers.
“e-Scan works by simply placing the book face up and the scanner (which looks like a lamp) captures the respective pages. The user starts the scan by using a touchscreen,” he said.
“Once the scan is done, the user can leave the library with the digital document on a thumb drive. Alternatively, the digital document can be printed out or shared within a computer network,” said Besson.
With this method of placing the book face up, the spine is not likely to be damaged. With e-Scan, users can scan books or bound documents that are up to 10cm thick and up to A3++ format (520 x 360mm).
e-Scan is capable of scanning in colour, greyscale, or black-and-white, and is equipped with a 15in touchscreen. It also features watermarking and RFID (radio-frequency identification) capabilities.
It retails for RM80,000 here and is distributed by Excel Envirotech Resources Sdn Bhd.
Source: The Star (Tech Central)
Label: Scanner
ISTAK - Bir Halal?

Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.
Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.
"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.
Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.
Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara. Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia. Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.
"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya. Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.
Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan. Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.
Label: ISTAK