Rabu, Mei 31, 2023

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Hari ini berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. Antara penulis dan rakan-rakan yang ditemui semasa berkunjung ke sana pagi tadi. Tahun ni pestanya lagi meriah dengan pelbagai gerai sehingga tingkat 5 di WTC ni.

Ada tangkap dua buku: "Rumah Sejuta Buku" terbitan Goodreads Malaysia diselenggara oleh Nor Azzah Momin, Nisah Haron dan Najibah Abu Bakar dan buku: "Nazam Anwar: Epilog Sebuah Perjuangan" tulisan Khailani A Jalil.
31 Mei 2023

Selasa, Mei 30, 2023

Jadikan membaca budaya ilmu rakyat

Jadikan membaca budaya ilmu rakyat
BH 28 Mei 2023 ms. 5

"Anak muda hendaklah menjadikan budaya membaca ini sebagai satu amalan yang bukan sahaja bertujuan untuk mencari ilmu, tetapi juga membantu dalam memperbaiki sahsiah diri"

"Ini bukan pesta biasa, ucapan saya adalah ucapan merayu pemikiran anak muda. Ubahlah dan mulakan budaya baharu iaitu budaya membaca bersungguh-sungguh"
-PM DS Anwar Ibrahim, PBAKL 2023

Ahad, Mei 28, 2023

National Training Week 2023

 

Selesai menghadiri tiga kursus sempena National Training Week 2023. Dapat belajar sedikit ilmu yang digunakan sekarang.

#NationalTrainingWeek 

Sabtu, Mei 27, 2023

Menziarah Wan Nab di USJ


Menziarah Wan Nab

Hari Sabtu (27 Mei 2023), kami telah pergi ke USJ bagi menziarah jiran dan kawan lama bagi Mak semasa tinggal di Kuarters Jalan Talang, Kuala Kangsar dulu sekitar 1970an dan awal 1980an yang kini uzur. Alhamdulillah dapat jumpa setelah sekian lama tidak bertemu. Mak pun seronok dapat jumpa kawan baiknya, Kak Nab yang sudah dianggap macam adik-beradik sendiri. Kami peringkat anak ni panggilnya Wan Nab. Buat masa ni, Wan Nab tinggal di rumah anaknya di USJ. Semasa kami di sana, dapat jumpa dengan anak-anak Wan Nab iaitu Kak Elly, Abang E, Kak Inah dan Abby.

Marilah kita doakan supaya Allah berikan yang baik-baik sahaja untuk Wan Nab (Umur: 88)

#KuartersJalanTalang
#KualaKangsar

Ayuh Membaca!!!

 

Foto kredit: J-KOM

Jumaat, Mei 26, 2023

PNM dan pembangunan manusia


PNM dan pembangunan manusia

Nukilan oleh Ku Seman Ku Hussein (Wartawan Bebas)
Wilayahku - 26 Mei 2023 ms. 6

"Tanda aras sebuah negara maju bukanlah gedung membeli belah terbesar atau pusat hiburan bertaraf antarabangsa, akan tetapi keazaman yang tinggi untuk mengubah tahap pemikiran bangsa"

"Berdirinya sebuah perpustakaan, tidak kira sedaif mana sekalipun adalah mencerminkan usaha membangunkan manusia pada sudut intelektual, akhlaknya serta rakaman sejarah ketamadunan bangsanya"

#perpustakaannegaramalaysia 

Rabu, Mei 24, 2023

Mengenai Tabiat Membaca

Beberapa artikel mengenai tabiat membaca dan dunia perpustakaan:

Keep libraries and the love of reading alive

Malaysians are reading more books

The Star 21/5/2023 pg. 16

Link: https://tinyurl.com/s57n9ekt


Build a nation of readers
The Star 21/5/2023 pg. 4 (Staredu)
Link: https://www.thestar.com.my/news/education/2023/05/21/build-a-nationof-readers 

 

 

 


Selasa, Mei 23, 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia tahun 2023


Isnin, Mei 22, 2023

Pesta Buku KL tahun 2023


 

Ahad, Mei 21, 2023

Di Movenpick TH, Sepang


Hari ini ke Movenpick TH di Sepang bagi menghantar abang sulung, Tiger Rohaiza aka Atan (OE82) yang akan menunaikan ibadat haji musim 1444/2023. Mari kita doakan semoga Allah mudahkan segala urusan pergi balik, ibadat yang mudah dan haji yang mabrur.

21 Mei 2023
Nota: KT004 - SV5601

Sabtu, Mei 20, 2023

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

 

Khamis, Mei 18, 2023

Jom Baca Bersama 10 minit edisi 2023


Bagi acara Jom Baca Bersama 10 Minit bagi edisi tahun 2023 ini, saya memilih buku: 
“65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)”

Penulis: Prof. Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail (Dr. Taki) 
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 9789674882617
Mukasurat: 420
Tahun: 2023
Pautan: https://www.umpress.com.my/index.php?route=product/product&product_id=939
Nota: Setiap pembelian buku akan ditandatangani sendiri oleh Dr. Taki

Buku ini hasil nukilan dan kajian berat oleh Prof. Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail (Dr. Taki), anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak yang merupakan seorang pensyarah sains politik di UKM. Namun begitu, beliau juga adalah peminat tegar muzik rock semenjak di bangku sekolah lagi.  Buku ini adalah ‘naskhah unggul’ yang diterbitkan bagi mendokumentasikan fenomena muzik rock secara terperinci yang mana sebelum ini tidak ada sebarang notasi atau rekod sahih akan kewujudannya.

Ucapan tahniah atas kejayaan dan kesanggupan beliau menyiapkan satu ‘tesis’ berat yang amat bermakna bagi peminat muzik rock khususnya di Malaysia. Ternyata, penerbitan buku ini memberikan gambaran bahawa muzik rock sudah berevolusi semenjak tahun 1950an lagi. Gaya bahasa dan susunan penceritaannya mudah difahami malah ditambah dengan gambar-gambar langka yang tidak pernah disiarkan sebelum ini. Dengan ada minat dan ‘passion’, maka, semuanya terhasil indah yang mana digarap melalui ‘pendekatan dokumentari’.

Buku ini juga menonjolkan gambaran sebenar ekosistem muzik rock itu sendiri. Sejarah rock amat penting didokumentasikan malah boleh dicerakin oleh sesiapa sahaja yang berminat atau ingin tahu.

Disyorkan buku ini sebagai bacaan wajib bagi mengetahui mengenai sejarah rock, siapa yang terlibat , apa isu yang berlaku, turun-naik muzik rock, era muzik rock mengikut tahun dan pelbagai lagi. Ini merupakan Siri 1 manakala Siri 2 pula akan menjelma yang mana perbincangan lebih terperinci akan dimuatkan. Dr Taki juga mengatakan bahawa “Passion tidak boleh diganti dengan wang ringgit”

Ulasan dari Ku Syafiq (Mingguan Malaysia, 26 Mac 2023):

“Dia minat rock dan dia mahu muzik rock terus maju. Dia bernostalgia tentang rock dan dia mahu nostalgianya tepat, berfakta dan seimbang. Bahasa cinta Dr Taki pada rock adalah melalui dokumentasi”

Komen dari Dr Taki (Harian Metro, 24 Feb 2023):

“Mereka (pemuzik rock) terkejut dan terharu kerana ada ‘orang universiti’ mahu menulis buku mengenai sejarah rock di Malaysia yang selama ini sering dikaitkan dengan perkara negatif”

Selasa, Mei 16, 2023

Selamat Hari Guru edisi 2023


Selamat Hari Guru / Tenaga Pengajar di;

1984 - SRK Sungei Way, Petaling
1985-1989 - SK Simpang, Taiping
1990-1994 - SM King Edward VII, Taiping
1996-1999 - UiTM Shah Alam
2000-2003 - UiTM Shah Alam
2016-2018 - UiTM Puncak Perdana

Isnin, Mei 15, 2023

King Edward VII School, Taiping

Sumber: Public domain
Sumber: Taiping.My 

History of King Edward VII School, Taiping, Perak

The school began its history in July 1883 when it was established as the Central School, which was the first English school in Taiping. The original location of the school is in the area where the Nurses’ Hostel now stands. The school had modest beginnings with 13 students, but enrolment picked up fast, and a gymnasium was added to the school in 1885. In 1894, physical education was added to the school’s curriculum. By 1895, the school’s students numbered 159, with 28 of them being Malay boys. Two additional wooden sheds were built that accommodated two and three classrooms each, but this was fast becoming inadequate. In 1901, the Central School was renamed the King Edward VII School in conjunction with the coronation of King Edward VII, successor to Queen Victoria.

The school was in need of new grounds, and serendipitously, so did the Taiping Railway Station. In 1905, the King Edward School was relocated to the site of the first railway station in the Malay States (Taiping-Port Weld 1885). Construction of the school building began in 1904, and the new building was inaugurated by the then Sultan of Perak, Sultan Idris. The school had an enrolment of 434 students.

There is an ornamental gate with the name of the School inscribed on it which was put up in 1908 by the Public Works Department (PWD). This gateway can still be seen today. The large shade trees which line the school were planted in 1910, by a Mr. P. Moss, and the surviving trees are more than a century old now.

The school excelled in sports, namely cricket, athletics, gymnastics, and cricket. In 1919, the Cadet Corps was introduced, and in 1922 the first Scout troupe, “Second Taiping”, was formed. Rugby was introduced to the School in 1923, and in its first foray into a tournament among Malay schools, emerged as champion, beating Penang Free School.

In the Second World War, school was out and the school came under Japanese military occupation.  It was used as the base for the garrison commander in Taiping.

After the surrender of the Japanese in Malaya, the school’s students resumed their education by being accommodated into St. George’s Institution in the afternoons from October 1, 1945. On 14 January 1946, King Edward VII School’s doors reopened to 1004 students, with the school operating in 4 buildings. Primary school classes were conducted in the building on Trump Road, elementary school classes in the Sheffield Hostel on Museum Road and the Old Boys Hostel on Station Road. Secondary school classes were housed in the main building across the street from the Taiping Rest House.

In 1951, besides having a science laboratory, there were also dedicated rooms for Geography, History, and Art.

In 1954, girls were welcomed to the first time to the school when Form 6 classes began.

In 1958, the school’s population grew to large, and the decision was made to separate primary and secondary school students. The primary school students were divided into two: Primary I, and Primary II, which were housed in the main building along Station Road. Secondary school students were placed in the Sheffield Hostel, the former Infant Department, and in new buildings erected along Trump Road (Jalan Muzium Hulu). This separation has remained to this day.

Source: https://www.taiping.my/places/taiping/high-school/sekolah-kebangsaan-king-edward-vii-1/

Ahad, Mei 14, 2023

Majlis Raya Seri Nuang edisi 2023


Sekitar Majlis Eidul Fitri Seri Nuang edisi 2023. Tahun ni ada menu masak sendiri iaitu nasi minyak, gulai kambing dan nasi impit. Ada yang tolong masak daging hitam. Menu utama satay, char koew teow dan lain-lain kita order ja. Rewang petang kita goreng bihun.

13 Mei 2023 | Lepas Isyak

Sabtu, Mei 13, 2023

"Hari dah gelap komer.."

 


Hari dah gelap komer.. awok nak ngidup lampu sat... hehe

13 Mei 2023

Mesyuarat PIBG sekolah menengah


Menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah menengah pagi ini di Seksyen 2.

13 Mei 2023

Nota: Sekolah ni pernah jadi lokasi satu babak dalam filem 'Azura' lakonan Jamal Abdillah.

#ShahAlamKotaKita

Jumaat, Mei 12, 2023

Mesyuarat Tahunan PPM 2023


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KE-67 PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA (PPM) TAHUN 2023
Tarikh : 23 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1:30 tengah hari
Tempat : Perpustakaan Perigatan Za'ba, Universiti Malaya, 50603 Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Sila sahkan kehadiran YBhg Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan dengan mengimbas Kod QR dibawah atau melalui pautan: https://tinyurl.com/pradaftarMATPPM

Rabu, Mei 10, 2023

Yayasan Anda Akademik (1971)

                                      Milo Suam | Cekgu Azhar | Facebook ABIM | Harian Metro

Selasa, Mei 09, 2023

Sustainable Development Goals (SDG)


 

Ahad, Mei 07, 2023

Berkelah di Hulu Rening, Batang Kali

 Hari ni kami kat Hulu Rening, Batang Kali untuk acara Berkelah Raya dengan adik-beradik. Syukur nikmat Allah. Aktivitinya mandi sungai dan menunggang ATV. Kami sewa satu wakaf milik Dusun Tok Mat.

7 Mei 2023


Sabtu, Mei 06, 2023

Kenduri di Dewan Seri Siantan, Presint 3

 Hadir ke majlis kenduri anak kepada Dato' Ahmad Suhaimi, MOF/Ahli Lembaga Pengurusan UiTM di Dewan Seri Siantan, Presint 3

6 Mei 2023



Rabu, Mei 03, 2023

Librarians vs Knowledge Managers

 

Klik sini untuk baca artikel asal tulisan Munmon

Isnin, Mei 01, 2023

Jack FTG & ABOT = The Chor Buskers

 

Jack FTG dan ABOT
1 Mei 2023, Aeon Shah Alam