Ahad, Disember 30, 2012

Gelagat Kapten Disember 2012

AhAhmad 
Ambik gambor dengan Ustaz Don kat Shah Alam ni.

Selasa, Disember 25, 2012

Kedai Roti Dapur Batu, Jalan Matang, Simpang, Taiping

Pakcik Yusuf 

Inilah kedai roti yang dibina pada tahun 1957 yang terletak di Jalan Matang, Simpang, Taiping. Pakcik tu, Pakcik Yusuf adalah pengurus kedai. Arwah bapak dia adalah yang mula-mula bukak kedai ni. Di kedai ni, ada jual biskut lutut, roti kelapa, roti manis, roti kaya dan beberapa jenis kuih termasuk kuih tepung talam. Lokasinya senang ja nak cari, iaitu berhadapan dengan kawasan perkuburan Islam sebelah Masjid Ikhwaniah, Simpang. 
 
Posting awal pada tahun 2008 oleh Taiping Heritage Cult --> sini.

Gambar terkini kedai roti. kedai roti telah dinamakan sebagai Larut Bakery. Boleh hubungi 012-533 0110. Foto ihsan Naim Saat 

Sabtu, Disember 22, 2012

Ustaz Don

Aku dapat mesej Ustaz Don ada kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam, apa lagi terus cergas la pagi tu. Amik gambor dia la. h


Khamis, Disember 13, 2012

Tokoh Pustakawan Selangor 2012


Tokoh Pustakawan Selangor 2012 telah dianugerahkan kepada Profesor di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), YM Dato’ Profesor Dr Haji Raja Abdullah Raja Yaacob. Beliau dipilih sebagai Tokoh Pustakawan kerana telah banyak membina kemajuan dalam sistem perpustakaan, terutamanya di UiTM.

Beliau turut menerima wang tunai sejumlah RM10,000, sebuah I-pad serta warkah pengiktirafan sebagai tanda penghargaan, dan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, diiringi Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Mastura Muhammad.

Penganugerahan ini disampaikan bersempena Pesta Buku Selangor 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 30 Jun lalu, di bawah anjuran PPAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu pengikhtirafan yang diberikan terhadap profesion Pustakawan sebagai agen maklumat dan secara tidak langsung ianya menunjukkan profesion ini masih lagi relevan.

Biodata beliau boleh diperolehi di sini

Sumber: www.uitm.edu.my

Ahad, Disember 09, 2012

Liyuan Library





Sabtu, Disember 01, 2012

Universiti ketawa

NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India. Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan. Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.

"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu. Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.

Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.

"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.

Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin. Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua. Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.

Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai. Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan. Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP