Isnin, Disember 27, 2021

Awan Gelap

Kelihatan awan gelap seumpama nak menurunkan hujan lagi pada petang ini. Nun jauh di belakang sana hutan Bukit Cherakah dan di belakangnya pula adalah kawasan Seksyen U10. Banjir di Shah Alam masih belum surut di kawasan yang terjejas. marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah memberikan kita yang terbaik.

Selasa, Disember 21, 2021

Shah Alam Banjir

Gambar sumber dari The Star 

Kejadian banjir telah berlaku di Shah Alam pada 17-19 Disember 2021 yang mana banyak melibatkan kawasan di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat. Manakala di Kuala Lumpur juga ada kawasan yang terlibat. Hujan telah turun semenjak hari jumaat sehingga ahad yang menyebakan kenaikan air sungai dan melimpah ke kawasan yang rendah. Taman Seri Muda antara kawasan yang teruk terjejas. Semoga Allah memberi kemudahan kepada semua yang terlibat.

Ahad, Disember 19, 2021

1 Rumah 1 Beg Kecemasan

 

Ahad, Disember 12, 2021

Melancong ke Kuala Lumpur

 

Pada 11 Dis 2021, tanpa dirancang dari awal, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Lumpur yang mana destinasinya adalah menuju ke Rumah Kartun & Komik Malaysia yang terletak di Taman Tasik Perdana. Maka kami bergerak dari Shah Alam dan sampai ke destinasi yang dituju. Namun apabila sampai di sana, rupa-rupanya Rumah Kartun ni tutup. Aduh!!!. Tengok dalam facebook takda pulak katanya ditutup. Namun tak mengapa lah. Lain kali boleh datang lagi. 

Dalam acara jalan-jalan kai lini, kami dapat pergi beberapa destinasi walau pada asalnya hanya ingin ke Rumah Kartun tu saja. Tetapi, akibat sesat jalan akibat terlepas simpang di kawasan Taman Tasik Perdana tu, kami menemui jalan ke Istana Negara yang baharu. 

Selain itu jugak, kami pergi ke Jalan Bellamy untuk mencari kedai rojak mamak di situ. Namanya adalah Rojak Bellamy. Kedainya tidak ramai orang pada hari sabtu. Kami dapat makan dengan selesa sebab dah lama berjalan.

Tempat terakhir kami pergi adalah Istana Negara lama yang mana sekarang dijadikan sebagai Muzium Diraja. Rezeki kami pada hari itu, tiada bayaran masuk dikenakan. Ini kerana, ruang pameran utama masih dalam kerja-kerja renovasi. 

Antara ikon baharu di Kuala Lumpur yang sudah kelihatan dari Lebuhraya Persekutuan ialah Menara 118. Menara ini milik PNB dan menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara. 

Begitulah acara melancong dalam masa setengah hari ke Kuala Lumpur.

Jumaat, Disember 03, 2021

Salam Ulangtahun kepada mak yang ke-80

Selasa, November 30, 2021

Warisan Merdeka Tower/Merdeka 118

 

Sumber: Internet

Ahad, November 28, 2021

Terima Kasih atas Khidmat Bakti AJK JMB Seri Nuang 2019-2021


 

Belakang dari kiri: Mahadhir, Md Husnul Naimi, Ahmad Khalis, Zulkifli

Depan dari kiri: Ahmad Yani, Zahidan, Haji Mohd Azrin, Zarina, Adnan 


Jumaat, November 26, 2021

Berek Askar SM King Edward VII, Taiping


 'Berek Askar' juga dikenali sebagai Blok F adalah blok kelas-kelas tingkatan 5 pada tahun 1994 dahulu kala. Menurut FB Album Rasmi SMKEVII, blok ini telah mengalami kerosakan strukturnya, maka ianya akan dirobohkan dan akan digantikan dengan bangunan baru seiring dengan pertambahan enrolmen murid ke SMKE VII. 

Kami datang sekolah ikut pintu pagar belakang dan balik juga lalu pagar belakang. Maka, kelas kami tu sangat senang akses. Budak-budak juga parking letakkan basikal di situ dan depan kelas ja. Kalau hari Jumaat, lagi terasa seronok sebab balik awal dan ada juga hari yang aku naik basikal jenama Robin Hood berwarna hitam dan letak di situ ja. Ketika itu, ramai budak-budak yang naik basikal ke sekolah dan sepanjang jalan balik ke rumah, akan jumpa banyak basikal. 

Nostalgia berada di situ selama setahun masih lagi dalam ingatan. 

Rabu, November 17, 2021

PPM2U Forum: Akta Pustakawan?

Ahad, November 14, 2021

Kuala Kangsar bakal dijadikan bandar warisan kebangsaan

KUALA KANGSAR - Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai warisan kebangsaan sekali gus bertujuan memartabatkan warisan Istana Bukit Chandan sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

Beliau turut berharap bandar berkenaan menerima penarafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada masa akan datang.

Artikel Penuh ---> Sini 

Khamis, November 11, 2021

Rockobox - Kid'Din Collection Series

Rockobox ini dijual bermula 17 Nov 2021 di www.fenomenasearch.com 

Jumaat, November 05, 2021

E X I S T

Kumpulan EXIST ini ditubuhkan pada tahun 1991 di Johor Baharu. Pada asalnya kumpulan ini dianggotai oleh:
  • Mamat - Penyanyi
  • Shah - Gitar Utama
  • Along - Gitar kedua
  • Musa - Bass
  • Ujang - Dram
  • Ajai - Keyboard
Namun pada tahun 1995, Ezad telah bertindak sebagai penyanyi sehingga hari ini. Gambar di atas adalah gambar semasa konsert Reunion Exist pada tahun 2019. Boleh rujuk Wiki

Sabtu, Oktober 23, 2021

Rock Kapak: Ipoh Music Symposium

Rock Kapak: Ipoh Music Symposium 
Penerbit: Kampung Karyawan Amanjaya Sdn. Bhd. 
ISBN: 9789671768532 
Tahun: 2021 
http://portipoh.com.my 
Satu penerbitan yang penting dalam mendokumentasikan satu fenomena yang penting dalam industri muzik Malaysia - Rock Kapak, yang mana akan menjadi rujukan kepada pengkaji subjek ini. Apa yang menariknya muzik rock kapak dan kaitannya dengan anak-anak muda di zaman itu? Jawapannya -- rock kapak adalah versi kesempurnaan mimpi anak muda 80-an yang cool. 
#rockkapak #Malaysia

Jumaat, Oktober 22, 2021

M. Shariff - Malaysian Fenderman

 

M. Shariff - Malaysian Fenderman
Arwah M. Shariff yang berasal dari Bagan Serai, Perak pernah menganggotai kugiran The Zurah dengan album pertama pada tahun 1970.
UM 20 Okt 2021


Selasa, Oktober 19, 2021

MOHE2021 Virtual Challenge


Khamis, Oktober 14, 2021

Use water wisely to avoid Day Zero

Air dan 'Day Zero'
Gunakan air secara berhemah dan elakkan pembaziran.

The Star 13 Okt 2021

#AirKurniaanAllah

Rabu, Oktober 13, 2021

Membaca: Jadikan Ianya Kebiasaan

 

Membaca: Jadikan ianya kebiasaan.
NST 11 Okt 2021
"In an age where people have grown up with the Internet, reading must be seen as a skill required for lifelong success"


Isnin, Oktober 11, 2021

Perpustakaan dan Ketenangan Jiwa

Ahad, Oktober 10, 2021

Upskilling and Reskilling

Upskilling is an increasingly important part of our transforming job ecosystem. 91% of Malaysian employees see the need to reskill or upskill, according to research from the UOB ASEAN Consumer Sentiment Study

Khamis, Oktober 07, 2021

Passion

Khamis, September 30, 2021

Sekolah Pemikiran Pendeta Za'ba

Pendaftaran: https://bit.ly/PendetaZaaba

Isnin, September 27, 2021

Haruki Murakami Library at Waseda University

Source: AFP

Sabtu, September 25, 2021

Pasukan Polis Ngah Ibrahim

Menyertai webinar Pasukan Polis Ngah Ibrahim anjuran Muzium Matang pada 25 Sept 2021. 

 

Rabu, September 22, 2021

Berbasikal Ke Tempat Kerja

Sumber: BH

 

Rabu, September 15, 2021

Dodol Opah Yang, Kampung Gajah, Perak

https://www.facebook.com/dodolperakkuihtradisionalmelayumanisanitimewa/

Sabtu, September 11, 2021

Forum LIVE Fahami Konsep Farmaseutikal Halal


Tontoni video di sini

Isnin, September 06, 2021

Abang Ringo: Operasi Zoo Taiping


Abang Ringo: Operasi Zoo Taiping

Sebuah komik hasil nukilan Tiger Azben Skymmar (OE2001). Terima kasih siap bagi karikatur muka lagi ni. Hehe. Beliau juga tersenarai sebagai para kartunis dalam Direktori Kartunis Perak

Khamis, September 02, 2021

Endemik, Epidemik dan Pandemik

 

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-perbezaan-epidemik-endemik-dan-pandemik-233401

Isnin, Ogos 30, 2021

KITA MALAYSIA

 

Khamis, Ogos 26, 2021

ITM Menjadi UiTM

 

Hari Ini Dalam Sejarah
Tarikh 26 Ogos ini adalah tarikh di mana ITM dinaiktaraf menjadi universiti pada 26 Ogos 1999 di Stadium Malawati, Shah Alam.
ITM ada bagi kad jemputan kepada alumni masa tu, tapi tidak dapat hadir disebabkan berada di kampung masa tu. Masa tu dah tamat diploma dan tunggu konvo ke-50 pada Nov 1999 (Sidang ke-8) yang mana ianya konvo universiti yang pertama.

Sabtu, Ogos 21, 2021

12 Skills With High Demad in 2021


Ahad, Ogos 15, 2021

Nyior Muda

 

NYIOR MUDA
Pergi berjalan ke Padang Tenggala
Jumpa kawan lama tak jumpa
Hijau-hijau si nyior muda
Sedap air manis isinya

Ayer nyior muda ni banyak khasiatnya. Udah lama tak minum ayer nyior ni. Singgah Seksyen 9, pekena la 3 biji. Alhamdulillah

#nyiormuda
#ayerkhasiat

Selasa, Ogos 10, 2021

Mensyelek Pintu Surau


Sedap sungguh si jambu batu
Dimakan pula di tepi perigi
Membantu surau mensyelek pintu
Sedikit sumbangan untuk komuniti

Hari ini 1 Muharam 1443
Semoga Allah membarkathi kita semua dan Malaysia.

Selasa, Ogos 03, 2021

Novel Ayahanda

AYAHANDA
Novel ini banyak telah habis dijual di pasaran gara-gara tayangan dramanya di TV3. Ini salah satu cara yang berkesan bagaimana menggalakkan orang ramai membaca buku atau novel yang berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh penulis tersohor tanahair, Saudara Azizi Haji Abdullah.
ISBN: 978-983-461-3815
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahad, Ogos 01, 2021

44 Tahun

Jumaat, Julai 30, 2021

BERCERITA

 

BERCERITA
"Budaya bercerita wajar diwujudkan semula dalam kalangan ahli keluarga. Bukan hanya untuk hiburan dan mengisi masa lapang. Sebaliknya, boleh menjadi medium penting yang mampu mengeratkan hubungan keluarga, meredakan jiwa yang tidak tenteram, menambah bakat pengucapan awam dan mungkin juga menyelamat nyawa orang tersayang" - Uthaya Sankar SB, Pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan

Selasa, Julai 27, 2021

Menyemai Benih Durian

Aktiviti menyemai benih durian. Kena tunggulah pokoknya besar dahulu. Agaknya bila dah pencen barulah pokok itu besar. Dulu masa kecik-kecik, rajin ikut arwah bapak pi tanam anak durian di Kg Semat dan Kg Bekor dalam daerah Manong, Kuala Kangsar. 

Ahad, Julai 25, 2021

Label Syarikat Rakaman Tahun 1960an

Inilah antara label syarikat rakaman yang ada sekitar tahun 1960an dulu. Ada yang masih kekal hingga hari ini dan ada pula yang sudah tidak kelihatan lagi. 

Khamis, Julai 22, 2021

Agihan Daging Korban

 

22 Julai 2021: Membantu Surau Al-Ikhwan dalam mengagihkan sumbangan daging korban kepada para penduduk di sekitar komuniti. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. 

Isnin, Julai 19, 2021

Salam Aidil Adha 1442H

Isnin, Julai 05, 2021

Projek Taman Astakona

Projek Taman Astakona ini sedang dalam pembinaan untuk bulan Julai 2021. Ianya hasil kerjasama rakan-rakan sekomuniti bagi memberi wajah baharu kepada kawasan yang berumput ini supaya ianya memberi manfaat kepada jiran-jiran lain juga.

Jumaat, Jun 18, 2021

Tugasan Pelapor di Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2021

Bertugas sebagai Pelapor bagi Sesi ke-6 pada 18 Jun 2021 dengan tema Pusat Sumber Sekolah Sebagai Ejen Pertumbuhan (Kerjasama dan Pembangunan Masyarakat) bermula jam 9.00 - 10.45 pagi. 

Sabtu, Jun 12, 2021

Kerja Amal

 

Kerja Amal
Petang sabtu hari cuti ni dapatlah membantu Pengerusi surau di kawasan kediaman mengagihkan sedikit sumbangan kepada jiran. Semoga ianya bermanfaat. Pagi tadi hadir AGM PPM.
12 Jun 2021
Nota: Yang duduk tu Setiausaha surau. Pengerusi surau adalah jurufoto

Mesyuarat Agung Tahunan PPM tahun 2021