Ahad, November 16, 2008

Hujung minggu di Corus Paradise, PD



Semalam, 15hb Nov. 2008, aku dan family pi PD sebab ada family day ofis istriku (CUCMS --> www.cybermed.edu.my). Ada lebih kurang 60+ orang la yang join family day tu. So far aku OK ja. Aku memang layan kalau bab-bab bercuti nie. Tempat dia kat Corus Paradise lebih kurang 4km dari Bandar Port Dickson. Family day nie dia merangkap sekali workshop untuk staf-staf CUCMS tu. So, spouses semua ada free time la masa depa workshop tu. Tengah hari Sabtu lepas makan tgh hari ada workshop dan lepas Asar ada sukan tepi pantai dan malamnya mesti la ada dinner tepi pantai (open air) sambil ada lucky draw. Semua family dapat hadiah. Ada yang kecik, ada yang besaq.

Pagi nie tadi aku makan pagi dan lepas tu aku lepak ja. sebab staf2 tu ada workshop sampai kul 12.00 tengah hari. Then check out lebeh kurang dalam 12.30 pm, ada sesi fotograf semua peserta family day. Aktiviti bersurai lepas tu dan masing-masing bertolak balek ke rumah masing-masing. Untuk program nie, aku gunakan jalan Putrajaya-Salak-Sepang-Lukut-PD. Anyway... BEST.

Rabu, November 12, 2008

Rojak Manjung



Di Manjung ianya terkenal dengan Rojak Manjung yang kini di buka Di D’Mara Plaza, Sitiawan. Sudah 20 tahun rojak Manjung menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung bukan takat di dalam daerah malah di daerah luar juga. Selain itu turut menjadi tumpuan orang-orang kenamaan. Makanan ini merupakan warisan turun temurun keluarga En Kamahizad atau lebih dikenali sebagai Abg Long. Kedai ini terletak di No. 6, Plaza D’ Mara, Jalan Lumut, 32000 Sitiawan, Perak.

Adunan Bahan masakan serta kuah rojak di buat secara Tradisional dan tersendiri. Rojak Manjung terkenal kerana bahan-bahannya iaitu Cucur Udang, Kentang, Tempe, Telampung, Sotong, Fish Cake, Tauhu, Cucur Kucai dan telur. Selain itu terdapat makanan sampingan yang popular iaitu Nasi Campur Rendang Cendawan. Kedai ini beroperasi dari 9.30 pagi hingga 7 malam dan cuti pada hari Ahad.

Ahad, November 02, 2008

En Haris, Pn Rosiah ke Makkah

P/s: 3/11/2008 merupakan ulangtahun ke 70 tahun En Haris, dan 3/12/2008 merupakan ulangtahun ke 67 Pn Rosiah. SELAMAT ULANG TAHUN... SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR.. Hari Sabtu lepas (1 November 2008), aku dan keluarga pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk menyaksikan pemergian Bapak + Mak aku ke Tanah Suci Makkah. Aku sampai kat sana dalam kul 7.15pm. Susana pada masa tu memang dah sesak dengan kenderaan yang banyak. Company yang mengusahakan parking memang buleh buat untung malam tu. Ada jugak yang cari parking free, parking kat depan rumah orang la jawabnya. Pada malam tu, penerbangan KT09 yang mana memerlukan setiap jamaah melaporkan diri pada jam 9.30 malam. Susana dalam kompleks Tabung Haji memang havoc lah, dengan orang yag ramai seta saudara-mara yang turut serta ingin berjumpa dengan bakal haji. aku buleh respek kepada petugas-petugas Tabung Haji yang sporting apabila kita berurusan dengan depa la. Apabila sampai masa untuk melapor diri, semua orang menuju ke arah bangunan utama untuk "check-in". Masa nielah keadaan bersesak-sesak berlaku. Aku pon ambik kesempatan untuk capture sikit keadaan masa tu. Memang ramai, orang tidak hiraukan keadaan sekeliling. Masing-masing memerhatikan ibu-bapa masing2 beratur menunggu giliran. Itulah keadaan kecil jika dibandingkan bila berada di Makkah nanti. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Bapak dan Mak menaiki pesawat KT09 menuju ke Madinah terlebih dahulu dan dijangka akan pulang ke Malaysia pada 16 Disember 2008 jam 10.40 malam di KLIA, Sepang. Semoga selamat pergi dan selamat Kembali. Amin.

Sabtu, November 01, 2008

Musim Haji tiba lagi

Musim haji tiba lagi, penerbangan pertama para jemaah haji Malaysia yang pertama telah berlangsung pada hari Khamis (30 Okt 2008) yang telah dihadiri oleh DYMM Agong, Sultan Mizan di Kelana Jaya. Panggilan untuk ke Makkah akan berlaku setiap tahun yang akan dihadiri oleh ribuan manusia dari setiap pelusuk dunia semata-mata untuk mengunjungi Baitullah Yang Agong. Dengan tertunainya ibadat haji, maka cukuplah rukun Islam yang lima. Kepada sesiapa yang mampu, maka berbuatlah demikian. Kunjungan ke Makkah adalah satu kunjungan yang amat bermakna bagi setiap jemaah haji. Bukan semua orang dapat pi ke sana.