Ahad, Mac 27, 2011

Takraw Friendly dan Ustaz Sharhan Shafie

Pagi tadi saya terlibat dengan urusan media dan komunikasi untuk Perlawanan Sepak Takraw Persahabatan antara Seri Nuang dan Masjid Putra Perdana, Puchong. Ini merupakan friendly kedua selepas perlawanan futsal yang pernah diadakan dulu dengan pasukan BBSA U11/5 dahulu. Keputusan telah memihak kepada Putra Perdana dengan markah 3-2. Kira ok lah tu.

Sebelum tu jugak pada 25 Mac 2011 (Jumaat), satu sesi bersama Ustaz Sharhan Shafie telah diadakan di Surau Seri Nuang. Ustaz ni merupakan pengamal perubatan makhluk halus yang selalu bersiaran di TV9. Beliau jugak membuka klinik perubatan Islam di USJ setiap Sabtu.

Selasa, Mac 22, 2011

Eagle Ranch Resort

Isnin, Mac 21, 2011

Muzium Tentera Darat @Kem Si Rusa, Port Dickson

Foto Ihsan Internet 
Foto ihsan Internet

Muzium ni asalnya adalah markas tentera bagi Askar Melayu Diraja pada tahun 1933. Sekarang kem ni dijadikan sebagai Muzium Rasmi Tentera Darat di mana Port Dickson adalah bandar asal penubuhan Tentera Darat di Malaya. Kem yang sekarang ada ini diberi nama Kem Si Rusa.

Ganbar sekitar muzium ada di sini

Laman web Muzium

Ahad, Mac 20, 2011

Cape Rachardo, Melaka

Gambar di sebelah ni adalah rumah api yang telah dibina oleh Portugis pada abad ke-16. Rumah api ni terletak di atas bukit dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Melaka. Ianya bersempadan dengan kawasan Port Dickson. Kena lalu PD dulu, pastu kat hujung tanjung ni, barulah jumpa dengan Tg. Tuan ni. Dulu nama dia Cape Rachardo. Gambar-gambar sekitar trip pada 20 Mac 2011 tu ada kat sini.

Khamis, Mac 17, 2011

Shogun (1980)

John Blackthorne, an English ship pilot, whose vessel wrecked upon the Japanese coast in the early 17th century is forced to deal with the two most powerful men in Japan in these days. He is thrown in the midst of a war between Toranaga and Ishido, who struggle for the title of Shogun which will give ultimate power to the one who possesses it.

Cerita ni memang tunjuk dulu kat TV masa aku kecik, cerita dia memang layan sebab dia tunjukkan macam mana org puteh ni sampai kat satu negeri yang asing bagi dia, Jepun. Dia ingatkan org Jepun ni dia buleh makan, tapi dia kena balik. Ramai crew-crew kapal yang kena seksa dan mati sebab kena kurung dalam jail masa tu la.. Tapi last sekali, John Blackthorne ni berjaya adaptasikan adat dan budaya Jepun dalam diri dia sehinggakan Maharaja Jepun melantik dia sebagai Shogun.

Isnin, Mac 14, 2011

Supermoon

Percaya atau tidak, tetapi statistik menunjukkan ia adalah benar! Fenomena yang dikenali ‘Supermoon’(bulan mengambang penuh) telah menyebabkan beberapa bencana yang dashyat. Antara bencana tersebut adalah:

* Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004. Ia berlaku kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005.
* Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku.

Diramalkan bahawa fenomena serupa akan berlaku pada 18hh March 2011 di mana bulan mengambang akan berlaku manakala jarak bulan pula adalah ke-6 paling dekat sejak 1985. Fenomena 'supermoon' banyak membuktikan banyak bencana alam besar berlaku.

Ekoran kombinasi fenomena bulan penuh dan jarak bulan yang dekat tersebut, saintis ternama Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 18hb March 2011. Menurut Richard Nolle yang menamakan fenomena ‘Supermoon’ pada 1979, jarak antara bumi dan bulan pada 18h March 2011 adalah 356,577 km.!

Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang. Dalam sejarah, fenomena sebergini beberapa kali berlaku iaitu pada 1955, 1974, 1992, dan 2005. Keempat-empat tahun membuktikan bahawa bencana alam terbesar berlaku pada tahun tersebut.

Beberapa saintis konservatif tidak setuju dengan tanggapan bulan mempengaruhi iklim ekstrim dunia miskipun sedar bahawa bulan berpengaruh terhadap pasang-surut air di bumi. Menurut mereka, kajian saintifik perlu untuk membuktikan bahawa bulan mempengaruhi iklim ektrem di bumi dan bukannya menganalisisnya berdasarkan statistik. Walaubagaimanapun, Richard Nolle tetap berkeras dengan teori yang dicetuskan beliau.

Courtesy of http://takusahrisau.wordpress.com

Sini pun ada

Isnin, Mac 07, 2011

101 Rekreasi Hati

101 Rekreasi Hati
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).

Keistimewaan Buku ini:
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.

Penulis: Dr. Zahazan Bin Mohamed
Kartunis: Nik Wafdi Nik Jaafar
Kod Katalog: TBBK 1182
Kod ISBN: 978-967-388-020-1
Harga: Semenanjung M'sia - RM17.00, Sabah / S'wak: RM19.00

Selasa, Mac 01, 2011

Ayat-ayat Ruqyah: Ayat Penyembuh

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah

No; Nama Surah; Juzuk; Ayat:
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah

Download kat sini

Rujukan:
http://mp3ruqyah.com, http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah, http://tamanlagu.blogspot.com/2010/04/ayat-ayat-ruqyah-mp3.html