Khamis, Oktober 28, 2010

Nasib Melayu di Bumi Melayu

Pagi tadi dapat peluang berjumpa dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah semasa pelancaran buku dia "Nasib Melayu di Bumi Melayu" kat National Library, KL. So, dapatlah peluang ambik dia punya autograph kat buku. Buku nie menarik dan menyentuh isu-isu orang Melayu kat Tanah air dia sendiri. Rugi kalau tak baca, beli satu kat mana-mana kedai buku.

Khamis, Oktober 21, 2010

Mat Juni @ Mod Manajat Haji Abdullah (1940-2010)

Tarikh 20 Oktober 2010 jam 2235 menyaksikan pula pemergian bapa mertua the legend, Mat Juni @ Mod Manajat Haji Abdullah di Hospital Tg. Karang, Selangor. Jenazah dibawa balik ke Sekinchan untuk dimandikan. Sembahyang jenazah dilakukan di Masjid Nurul Alaniah dan dikebumikan pula di Tanah Perkuburan Sg. Leman, Parit Tujuh, Sekinchan jam 11.00 pagi pada 21 Oktober 2010. Beliau meninggal akibat jangkitan kuman dalam usus dalam usia 70 tahun.

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Yang Esa. Umul Kitab.

Khamis, Oktober 14, 2010

Haji Haris @ Harib Abdul Munai (1938-2010)

Ini merupakan satu berita yang sangat jarang disiarkan dalam blog ini. Pada 12 Oktober 2010 jam 3.28 am di Hospital Taiping, Perak, Haji Haris Abdul Munai - bapa kepada The Legend telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam usus. Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Rosiah serta empat anak lelakinya yang masing-masing sudah berkeluarga. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan 2, bersebelahan dengan Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa.

Khamis, Oktober 07, 2010

Red on Black




Pics courtesy of www.sayap2wings.com

Ahad, Oktober 03, 2010

Moh Wakaf Quran