Selasa, Disember 27, 2011

Jalan Chowrasta, Penang

Jalan Chowrasta? kat mana tempat ni? Kalau hangpa pernah pi Tanjong, tempat ni hangpa tak mungken lepaih nak pi, mesti kena pi. Hangpa kena beli jeruk. Kat dalam market ni, banyak org Cina yang juai la, tapi kat kedai lama sebelah market ni, ada tiga empat kedai org Melayu yang juai jeruk ni, antaranya Kedai Jeruk Buah Pala Aishah, Nasir Jeruk dan lain-lain.

Isnin, Disember 26, 2011

Sekitar Perhimpunan Mat Riau dan Mat Luei 2011

Khamis, Disember 22, 2011

Perhimpunan Mesra Keturunan Mat Riau & Mat Lui 2011

PERJUMPAAN MESRA KETURUNAN MAT RIAU dan MAT LUI 2011
25 DISEMBER 2011 | 10 PAGI – 6.00 PETANG
DI DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS KEDIAMAN BALAI POLIS DAERAH MANJUNG,
JALAN KOLAM AIR, 32700 BERUAS, PERAK DARUL RIDZUAN

Ayat penyembuh rabun mata


"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)" - Surah Qaf: 22

Khamis, Disember 15, 2011

Pasai apa anak derhaka?


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tah nia h. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Sumber: http://suraualhijrahpprpantairia.blogspot.com

Isnin, Disember 12, 2011

Tasbih Putih

Baru lepas tengok cherita Tasbih Putih kat Astro Prima. Cherita ni Botak Juvana berlakon jadi Penolong Mudir di Maahad Tahfiz. Mudir dia tu Dato' Rahim Razali. Dia ni sebagai seorang yang paling senior dan banyak membantu junior-junior yang baru masuk ke situ. Pelbagai cabaran dia hadapi apabila ada segelintir murid-murid yang berdendam dengan dia.

Khamis, Disember 08, 2011

Library baru akan dirasmi

Ahad, Disember 04, 2011

Mini Cooper


Jumaat, Disember 02, 2011

As-Sauda