Isnin, Mac 10, 2008

Rakyat telah bersuara

PRU 12 telah berkahir dengan satu kejutan yang sangat besar. Ianya seperti yang tak diduga oleh sesetengah pihak. Perkara ini mungkin dapat dihidu dari awal lagi memandangkan keadaan politik di Malaysia akhir-akhir ini. Satu 'MESEJ' besar telah disuarakan oleh rakyat jelata meliputi Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi yang mahukan satu kerajaan yang kuat dan gagah. Dengan keputusan yang diperolehi itu, telah nyata lagi bersuluh bahawasanya the people mahukan satu pembaharuan dalam sistem pemerintahan yang adil.

Semoga apa yang terjadi pada kali ini akan menjadi satu pengajaran kepada semua. Rakyat kini bijak dan berpengetahuan untuk mendapat secukupnya maklumat.

"Kuasa Rakyat" -- The people has spoken

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
nampaknya parti pembangkang telah menunjukkan kuasanya...
tapi pada pendapat aku ia sebenarnya adalah protes yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia...
sebagai keputusannya negeri Perak telah mendapat Menteri Besar yg baru...Tahniah!
apa deme nok ceritenye yob??? hahaha...

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha

nampak gayenye, perak telah berada dibawah pentadbiran baru le nampaknye..

ape teman nak kabor, itu semua adalah pusingan roda yang menampakkan suara rakyat yang tidak suke akan pemimpin besornye...

orang bukan tak suke kepade wakilnya, tapi tak suke kepade ketuenye... abeh, semua anak buah jadi mangsenye.. kejor yob kejor..

Shima berkata...

well...kita tak mampu nk buat smua org suka pd kita. Dan kita pun tak mampu nk jd org lain, we r what we r. Different strokes for different folks ;)

Tanpa Nama berkata...

salam.

inilah masalahnya bila kepala keretapi dah tergelincir. Habis ditariknya semua gerabak.

Masalahnya,kepala gerabak dah rosak pun,masih ada hati nak tarik kargo berat...ini yang problem :)

Nandre The Legend berkata...

sekarang masanya kita tengok apa yang akan dibuat untuk menentukan ketentuan yang bakal dihidangkan kepada rakyat sendiri.

Pastikan perjuangan tu di landasan yang betul. kita tunggu dan lihat..dalam masa lima tahun mendatang nie, apa akan berlaku.. ada perubahan atau tidak.

Nandre The Legend berkata...

Khir Toyo nafi musnah dokumen penting

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menafikan dakwaan bahawa dokumen-dokumen penting telah dimusnahkan sebelum menyerahkan tampuk pimpinan kepada kerajaan campuran pembangkang di negeri itu.

"Tiada apa yang hendak diselindungkan, saya amat telus, jangan nak buat cerita yang bukan-bukan, semuanya teratur," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Umno Selangor di Shah Alam malam tadi.

Beliau turut menolak desas-desus bahawa BN Selangor sedang berusaha meyakinkan PAS untuk membentuk kerajaan campuran.

"Tidak, ia cuma khabar angin. Kami memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang," katanya.

Dr Mohd Khir berkata mulai sekarang BN Selangor akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan parti itu kembali menguasai Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Ditanya sama ada BN sudah menjalankan post-mortem bagi mengkaji punca kekalahan mereka, beliau berkata ia belum dilakukan.

BN tewas di Selangor dalam pilihanraya umum Sabtu lalu apabila hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala barisan pembangkang mendapat 36 kerusi, iaitu PKR (15), DAP (13) dan PAS (8).

Katanya, BN akan menjadi pembangkang yang kuat untuk memastikan kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

Nandre The Legend berkata...

Penang Government Appoints Two Deputy Chief Ministers


PENANG, March 12 (Bernama) -- The Penang government today announced the appointments of two deputy chief ministers to help administer the state.

Chief Minister Lim Guan Eng named Penanti state assemblyman Mohammad Fairus Khairuddin of Parti Keadilan Rakyat (PKR) as first Deputy Chief Minister and Perai state assemblyman Prof Dr P.Ramasamy (DAP) as second Deputy Chief Minister.

He told a news conference that they would take their oath of office before Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas tomorrow.

Lim said the appointment of two deputy chief ministers was to represent the multiracial people in the state.

He also said that he would meet Abdul Rahman to inform him of the state executive council line-up which would comprise seven DAP and three PKR assemblymen.

However, he did not reveal their names or the portfolios created.

On the request of the sole PAS assemblyman, Mohd Hamdan Abdul Rahman to be state executive councillor in charge of religious affairs, Lim said the Penang government was an alliance of the DAP and PKR but he hoped that Mohd Hamdan would help the new state government.

The previous Barisan Nasional state government had nine state executive councillors besides the chief minister and deputy chief minister.

-- BERNAMA