Selasa, Julai 12, 2011

Rock Ooo...

Nampak Amy Mat Piah lakonan Que Haidar akan kembali ke pawagam. Mesti gempak filem rocker ini! Boleh dikatakan sebagai watak utama dalam filem Rock Ooo, tanpa Que Haidar atau Amy Mat Piah ini memang tak dalah filem rocker terhebat kesinambungan geng rockers Rimba Bara! Filem Rock Ooo masih dalam penggambaran, kira tengah berjalan shootinglah.

Sinopsis Ringkas Filem Rock Ooo

Secara ringkasnya filem Rock Ooo ini menceritakan tentang Amy Mat Piah bersama Rimba Bara dan perjalanan industri rock pada masa itu. Mesti bestkan? Zaman gemilang rockers tahun 90-an akan berada dipawagam. Bukan senang nak tengok rambut mengerbang panjang macam pontianak lepas tu dengan seluar jeans kulit yang ketat sendat, orang lelaki plak yang pakai tu. Kalau zaman sekarang ini orang perempuan gadis yang pakai.

Sumber: Dunia Atas Talian