Ahad, November 13, 2011

Kuda kepang

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

P/s: Aku first time tengok benda ni malam semalam kat Sekinchan, kat rumah orang kenduri. Ada yang bersilat, panjat pokok ceri dll.

5 ulasan:

AMieN~7 berkata...

Aku ada satu teka-teki kuda. Hang cuba la jawab:

Teka-teki: Kuda nampak kita, kita tak nampak kuda? kuda apakah itu?


Jawab... Jawab....

Nandre The Legend berkata...

minyak kuda

AMieN~7 berkata...

Salah salah...

Jawapannya: Kuda menyorok dalam semak

Hahahaha... dh takde keje sgt la aku ni.

Tanpa Nama berkata...

3kKex cheap ghd
mHgi michael kors sale
uZpx ghd hair straighteners
2aHcj ugg boots sale
8rNgq ghd sale uk

Tanpa Nama berkata...

7xUqw ghd
aEhf ugg store
qNad michael kors outlet
4nXdb GHD Hair Straightener
1iRwd burberry store
8nEdl bottes ugg pas cher
5pErj ghd nz
7aLrl louis vuitton bags
1sDbn michael kors handbags
3iGae cheapest ghd straighteners
3jYsm ugg boots cheap
5tFrj cheap nfl jerseys
7aRim michael kors outlet
0hNjg ghd lisseur
4rSff ugg boots sale