Khamis, Disember 13, 2012

Tokoh Pustakawan Selangor 2012


Tokoh Pustakawan Selangor 2012 telah dianugerahkan kepada Profesor di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), YM Dato’ Profesor Dr Haji Raja Abdullah Raja Yaacob. Beliau dipilih sebagai Tokoh Pustakawan kerana telah banyak membina kemajuan dalam sistem perpustakaan, terutamanya di UiTM.

Beliau turut menerima wang tunai sejumlah RM10,000, sebuah I-pad serta warkah pengiktirafan sebagai tanda penghargaan, dan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, diiringi Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Mastura Muhammad.

Penganugerahan ini disampaikan bersempena Pesta Buku Selangor 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 30 Jun lalu, di bawah anjuran PPAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu pengikhtirafan yang diberikan terhadap profesion Pustakawan sebagai agen maklumat dan secara tidak langsung ianya menunjukkan profesion ini masih lagi relevan.

Biodata beliau boleh diperolehi di sini

Sumber: www.uitm.edu.my

2 ulasan:

amien7 berkata...

Walaweiiiii tu kat opis wife aku tu.. huhu

muchlas adi putra berkata...

ya betul, itulah penghargaan untuk kaum Librarian nie...