Selasa, Februari 05, 2013

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ditempatkan di Bangunan Sultan Sulaiman di atas perkenan D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Bangunan Kolonial Klasik rekaan arkitek A.B. Hubback ini dibina pada tahun 1909.

Bangunan ini pernah menempatkan pejabat pemerintah British. Pemerintah Jepun pernah menjadikannya sebagai markas tentera semasa Perang Dunia ke-2. Bangunan ini kemudiannya dijadikan pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan tempatan sehinggalah ianya diubahsuai kepada Galeri Diraja pada tahun 2005.

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Melawat:
Selasa - Ahad : 10 pagi hingga 5 petang
Isnin & Cuti Umum : Tutup

Keterangan lebih lanjut sila hubungi
Tel: 03-3373 6500
Faks: 03-3373 6510

1 ulasan:

amien7 berkata...

Ni betui2 legenddd....