Ahad, Mac 17, 2013

Petua orang tua

Taburkan belerang kuning sekeliling rumah/khemah(jika bercamping).  Sesuai untuk mengelakkan/menghindarkan binatang buas dan berbisa seperti ular dan kala jengking juga.

Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kari boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan kembara.

Dikatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya menghalau binatang berbisa seperti ular, kala jengking serta lipan. Taburkan garam kasar sekeliling rumah. Limau purut (daun/buah/pokok), dikatakan ular tak suka dengan baunya. Daun Melada Pahit- sejenis tumbuhan herba, selain boleh digunakan utk mengubati penyakit angin, sakit sendi, kudis buta, sengugut dan awet muda, ular juga tak sukakan pokok ini.  Dikatakan jika dikunyah dan telan biji dari pokok ini, nyamuk, pacat n lintah pun segan nak singgah kat manusia. kalau nak tau berkesan atau tak, try la. 

3 ulasan:

Motard berkata...

Bagus tips ni cuma aku tak tau benda ni ada juai kat mana.

Nanti aku beli nak buat taboq kat umah aku.

the legend berkata...

hang pi chari kat kedai mamak ja kat mana-mana, depa mesti juai punya la... aku balek tepen hari tu, aku beli 3 ringget....hehehehe tabor kat depan pintu rumah aku....

the legend berkata...

Benda ni selalu jugak dibawak kalau org pi camping dalam hutan, untuk elakkan benda berbisa dan seangkatan dengannya...

spare belerang sekiranya hang berchadang untuk masuk hutan...