Selasa, Mac 29, 2016

Program "Book Donation – BOOK4ALL”

http://fim.uitm.edu.my/v1/index.php
Program “Book4All” diadakan bagi menambah baik Experimental Library and Learning Common (ELLC) Fakulti Pengurusan Maklumat. Di samping menambah bilangan dan koleksi buku di Experimental Library FPM, program ini bertujuan menarik warga UiTM Puncak Perdana ke ELLC dengan menyediakan pelbagai buku sampingan. Untuk program ini, pengiraan buku yang terkumpul akan dibuat pada penghujung tahun. Sekiranya buku yang diterima terlalu banyak, buku-buku tersebut akan didermakan kepada Pusat Sumber Sekolah luar bandar.
PROSES
  1. Semua warga fakulti (pensyarah, staff dan pelajar) boleh menderma buku-buku terpakai mereka.
  2. Mereka boleh terus menghantar buku-buku tersebut ke ELLC FPM atau serahkan kepada Dr. Tengku Adil Teng Izhar.
  3. Para pensyarah juga diminta untuk maklumkan pada pelajar masing-masing.
  4. Kita mensasarkan agar setiap warga FPM boleh menderma sekurang-kurangnya satu buku.

Tiada ulasan: