Selasa, Julai 11, 2017

Laman Botani Perak di Taiping

Taman Botani Perak ini terletak di Mukim Tupai, Daerah Larut dan Matang. Lokasi Taman Botani ini kira-kira 10 minit daripada Bandar Taiping iaitu di dalam kawasan rizab Taman Tasik Taiping. Taman Botani Perak ini betul-betul berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan yang popular di Taiping seperti Zoo Taiping, Bukit Larut, Tapak Perkuburan Perang, Kolam Renang Kemahkotaan dan lain-lain lagi.

Taman Botani Perak ini mempunyai kualiti visual yang amat menarik kerana kedudukannya yang berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Larut dan Banjaran Bintang. Kawasan ini juga merupakan bekas “tee-off’ padang golf yang wujud suatu ketika dahulu, turut menyumbang kepada keindahan alam semulajadi yang terdapat di situ.

Sumber: http://www.orangperak.com/taman-botani-perak-di-taiping.html

Tiada ulasan: