Gambar ihsan Senang Share
LAGU RAYA PERTAMA
Lagu raya pertama dirakamkan pada tahun 1936 oleh syarikat
rakaman HMV Malay Records yang bertajuk ‘Selamat Hari Raya’ hasil ciptaan
Tengku Ali Basha (Che Ara Bangsawan) dan dinyanyikan oleh Miss Aminah Raden Nani
(1919-2000).
Liriknya:
Selamat hari raya, sayalah ucapkan kepada ibu bapa saudara sekalian,kaumlah kerabat hai handai dan taulan,
tualah dan muda laki-laki perempuan,
permulaan syawal,
hari yang mulia aidilfitri
penutup bulan puasa
pintu terbuka untuk menebuskan dosa
paling utama bagi sesama manusia
cuma puji yang sudah terbanyak ampun dan maaf
sekarang diminta supayalah azab kubur hai jangan lah menyesak
selamatlah kita di akhiratNyalah kelak
wahai muslimin sudahlah hai wangi
mendoalah kita kepada Rabbal Illahi
dipanjangkan umur dimurah rezeki
tahunlah dimuka boleh berjumpalah lagi
Dengar lagunya di sini: Lagu dia





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan