Saya sudah lama ingin bacha buku ini. Akhirnya pada 27 Ogos 2025 yang lalu, hasrat terchapai. Ianya ditulis oleh Frank Swettenham (1850-1946) di mana tajuk asalnya adalah 'Malay Sketches' yang diterbitkan pada 1895 di London. Beliau tiba di Singapura pada Januari 1871. Beliau mengambil peperiksaan berkaitan Bahasa Melayu pada Julai 1872 bagi memahami kehidupan orang Melayu ketika tiba di Tanah Melayu. Pada Disember 1874, beliau sebagai Penolong Residen Perak dan menjadi Residen Perak pada 1889.
Beliau juga merupakan Penulis bagi 'A Dictionary of the Malay Language' bersama dengan Hugh Clifford antara tahun 1894 dan 1902 tetapi terberhenti setakat huruf 'G' disebabkan RJ Wilkinson telah menghasilkan sebuah lagi kamus bahasa Melayu ketika itu.
Buku ini ditulis hasil pengamatan dan sikap beliau yang mahu bercampur dalam kehidupan orang Melayu. Ianya juga sebagai catatan pengalaman dan memperihalkan suasana di Tanah Melayu dan gelagat orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan