Isnin, April 16, 2007

Nada Melankolik Malaya


The Times, itulah nama yang diberi untuk sekumpulan anak-anak muda nie. kali ni munchul dengan album baru, Nada Melankolik Malaya yang lebih pop soda n 60's. album nie dah ada pon, tapi memang layan beb, lagu-lagu dia. bule dikategorikan sebagai easy listening. ada satu lagu tu nama 'wilayah strawberi selamanya', tajuk nie adalah tajuk lagu The Beatles tahun 1967 iaitu Strawberry Fields Forever...haha.

memang layan la... enjoy it man.... panik di kuala lumpur.. yeehaa

Panik di Kuala Lumpur

Terjatuh bangun semula
Panik di Kuala Lumpur

Muda-mudi tanpa destinasi
Hilang punca arah malam ini
Berkeliaran liar sana sini
Oh asyiknya
Takut temanmu
Khuatir terlanjur

Terjatuh bangun semula
Panik di Kuala Lumpur

Miskin kaya kita sama sahaja
Apa ada darjat harta & kuasa
Dunia ini hanya seketika
Sementara
Takut temanmu
Khuatir nafsumu

Rabu, April 04, 2007

Mari menunggang Harley Davidson

Foto ihsan DSF.my 

“NOT the destination, the journey that’s count”. “If I have to explain, you wouldn't understand”.


Dua frasa ayat di atas, yang ringkasnya membawa maksud `Bukan destinasi tetapi perjalanan, jika diterangkan, anda tidak akan faham’ sememangnya sudah cukup sinonim bagi setiap penunggang motosikal Harley-Davidson, baik di dalam negara atau dari mana juga mereka berada.

“Keseronokan mengembara bukan milik penunggang atau pemilik motosikal semata-mata sebaliknya dikongsi bersama keluarga, yang boleh mengekori dengan kereta bertujuan mengeratkan hubungan,”

“Harley-Davidson bukanlah untuk tunggangan laju walaupun motosikal ini sebenarnya boleh dipandu laju. Tapi kebanyakan yang menunggang motosikal ini hanya untuk tujuan bersiar-siar.

“Deruan bunyi enjin Harley-Davidson memberikan keseronokan tunggangan, lebih-lebih lagi kalau beramai-ramai. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Jika seseorang itu penunggang motosikal Harley-Davidson sebenar, dia tidak kisah sama ada menunggang secara berkumpulan atau berseorangan kerana apa yang lebih utama adalah keasyik menunggang sambil menikmati pemandangan.”

Artikel dipetik dari Haswari Ali (Ikon), Mac 2007