Selasa, September 27, 2022

Dr Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia (1926-2022)

 


KUALA LUMPUR: Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun.

Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.

Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

Sumber: Astro Awani

Lain-lain pautan:

Harakah | Malaysia Now | FMT | Berita Harian | Middle East Eye | Antara Sultra | BBC

Isnin, September 26, 2022

A mini library is a boon for the community

Jumaat, September 23, 2022

Bob Lokman (1964-2022)

 

Bob Lokman telah tiada. Hari ini, 23 Sept 2022 di hari Jumaat yang mulia, penulis lirik Isabella (1989) dan Taman Rashidah Utama (1988) telah pergi menghadap Ilahi di Kubang Kerian, Kelantan. Semoga Allah merahmati arwah Bob.

Penulis ada memiliki buku di atas. 

Khamis, September 22, 2022

Fakulti Pengurusan Maklumat ---> Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media


 :: Fakulti Pengurusan Maklumat - Fakulti Pengajian Maklumat - Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat ::

... Dalam kenangan.
Sekarang jadi Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media yang gabungkan tiga fakulti:
Pengurusan Maklumat
Sains Komputer & Matematik
Komunikasi & Pengajian Media
Dan diketuai oleh Penolong Naib Canselor.
21 Sept 2022

Jumaat, September 09, 2022

Queen Elizabeth II telah tiada (1926-2022)

 

Balmoral Castle

Bacaan lain: 

Ahad, September 04, 2022

Yamaha YG 80cc

 

Jemor sikit bagi kena panas motor legend ni. Warna asalnya adalah merah maroon.
Yamaha YG 80cc tahun 1971. Inilah motor arwah bapak guna masa dia kerja dulu sampai pencen tahun 1993. Yang bestnya, motor ni pernah masuk ITM Shah Alam pada tahun 1984.
4 Sept 2022

#yamahaYG

Khamis, September 01, 2022

Asal-usul Bendera Malaysia