Rabu, November 30, 2022

Pesta Buku & Karnival Usahawan

Selasa, November 29, 2022

Lawatan dari SMK King Edward VII, Taiping

 


Pada 24 Nov 2022, sekumpulan Pengawas Pusat Sumber dan beberapa orang guru termasuk Cikgu Hidayat dan Cikgu Mastura telah hadir ke tempat penulis bekerja bagi satu sesi lawatan ke perpustakaan. Kebanyakannya adalah dari tingkatan 6 atas. Lawatan ini bermula sekitar jam 9.45 pagi dan berakhir sekitar jam 12.10 tengahari. Di hujung lawatan tersebut ada sedikit jamuan disediakan. Terima kasih KEVII School!!


Nota: Pada hari yang sama, DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai PM ke-10. 

Ahad, November 27, 2022

Istiqamah Naik Motor

Foto kredit: Galeri Sentuhan Arifsan 

Sabtu, November 26, 2022

Pemimpin ada Pengikut

Jumaat, November 25, 2022

Akhbar Tempatan pada 25 Nov 2022

Sumber: FB Azizul Abd Hamid

Khamis, November 24, 2022

DS Anwar Ibrahim - Perdana Menteri Malaysia ke-10

"Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan"

Gambar sumber dari Internet


Infografik ihsan: Gerakbudaya

Lain-lain berita: Berita Harian | Keluarga | Harian Metro | Astro Awani

Selasa, November 22, 2022

Barisan ADUN Negeri Perak Lantikan pada 22 Nov 2022

 


Berita selanjutnya klik sini

Sumber: Berita Harian 

Isnin, November 21, 2022

Qatar jadikan Piala Dunia 2022 medan dakwah

 

Sumber: Internet


Sabtu, November 19, 2022

Hari mengundi - 19 Nov 2022

 

Hari Mengundi adalah pada 19 Nov 2022. Kami sekeluarga dapat tempat undi yang sama iaitu di SMK Matang. Sekolah ini berhampiran dengan Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang). Pada PRU14 pun sama juga tempatnya. Selesai undi kali ini lebih kurang jam 8.30 pagi. 

#PRU15
#TeamUndiPerak

Jumaat, November 18, 2022

Balik mengundi - 18 Nov 2022

Dah sampai Simpang petang tadi. Sembahyang Jumaat di Masjid Taqiuddin, Kg. Permatang Guntung, Teluk Intan yang tak jauh dari Jambatan Sultan Yusuf dan WCE. Esok siap sedia untuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Kuala Sepetang.

18 Nov 2022

Penandaan Pada Kertas Undi

Sumber: www.spr.gov.my

Khamis, November 17, 2022

Benefits of Reading Books

Source: Internet

Rabu, November 16, 2022

Makna Kesetiaan pada Tempat Bekerja

Sumber: Internet

Selasa, November 15, 2022

Panduan Perpustakaan Keluarga

Klik pada gambar di bawah untuk muat turun Panduan Perpustakaan Keluarga

Sumber: PNM

Khamis, November 10, 2022

Kisah Inspirasi: 11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD

11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD

8 November 2022

PAYA BESAR, 5 November 2022 - Berbekal doa dan kecekalan hati serta bersabar, Dr. Haji Abdullah Fairuzullah Ahmad Tajuddin dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) berjaya bergelar Doktor Falsafah (PhD) Sains Komputer) setelah berjuang  selama 11 tahun untuk menghabiskan pengajian. Menurut Dr. Haji Abdullah, pelbagai cabaran terpaksa ditempuh sepanjang menyambung pengajian secara sepenuh masa di bawah penyeliaan Profesor Madya Dr. Noraziah Ahmad dengan tajuk ‘Binary Vote Assignment Grid Quorum with Load Balancing (BVAGQ-LB) Algorithm for Managing Replication in Distributed Database Systems’.

“Saya pernah mengalami kemurungan selama dua bulan dan tidak mahu berjumpa dengan orang di luar. Namun, alhamdulillah berkat doa dan sokongan ramai insan yang membantu membolehkan saya mendapat kekuatan untuk terus berjuang,” katanya. 

“Selain itu, pengurusan masa yang betul perlu dititikberatkan sepanjang menjadi pelajar di samping mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan badan sentiasa bertenaga untuk menguruskan rumah tangga dan mengulangkaji pelajaran. Kejayaan yang saya capai hari ini, saya jadikan dorongan dan inspirasi untuk anak-anak saya dan golongan muda yang lain turut sama berusaha serta memotivasikan diri mereka untuk terus belajar dan mencapai apa yang mereka impikan,” ujarnya lagi.

Nasihatnya jangan berseorangan dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan.  Selain doa ayah, Ahmad Tajuddin Mohd Alias dan ibu, Kamariah Hassan, isteri, Noraini Razali  dan anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk beliau terus cekal dan bersemangat.  Menyoroti kenangan lalu, Dr. Haji Abdullah nyata terharu dengan pengorbanan isteri dan lapan anak-anaknya iaitu Ahmad Syahmi Abdullah Fairuzullah (17 tahun), Ahmad Ibrahim Abdullah Fairuzullah (15 tahun), Fatimah Rajihah  Abdullah Fairuzullah (14 tahun) dan Ahmad Syihabuddin Abdullah Fairuzullah (12 tahun).  Empat lagi ialah Fatimah Khadijah Abdullah Fairuzullah (11 tahun), Muhammad  Abdullah Fairuzullah (7 tahun), Fatimah Aminah Abdullah Fairuzullah (4 tahun) dan Fatimah Jameelah Abdullah Fairuzullah (sebulan). 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

 

Sumber: https://news.ump.edu.my/convocation/11-tahun-berjuang-kini-dr-abdullah-fairuzullah-genggam-phd?fbclid=IwAR0MCuz7AS-XXKlK6wT1DvlGYUNTfOF6wvW1qJYYEjMkaPxMtkg9WvQaYvg

Rabu, November 09, 2022

Jalan Masih Panjang; Anwar: The Untold Story

Sumber: MStar

Sumber: Malaysia Dateline

Malaysia Dateline - November 8, 2022

Sebuah filem biopik bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ yang berdasarkan kisah hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilaporkan bakal didokumentarikan dalam sebuah filem yang masih dalam proses penggambaran. Filem ini merupakan hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang masih berada di fasa pembikinan.

Apa yang menarik, filem kerjasama produksi pelakon Malaysia dan Indonesia ini bakal menampilkan pelakon Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah

Malah, ketika ini sudah berlegar di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan proses pembikinan filem yang masih lagi sedang berjalan.

“Weh! Filem tentang Anwar Ibrahim akan jadi kenyataan! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara. Yang akan jadi Anwar Ibrahim ialah Farid Kamil. Yang akan melakonkan watak Dr Wan Azizah adalah Acha Septriasa. Direktor pula Viva Westi! Tak sabar weh,” ciap pengguna Twitter Mad Marquez sambil berkongsikan tangkap layar hantaran Instagram pelakon Indonesia, Hans de Kraker.

Sementara itu, calon di Parlimen Kangar, Amin Ahmad mengesahkan pembikinan filem berkenaan dan memberitahu bahawa sejak 2018 ada beberapa pihak bertemunya untuk menghasilkan filem berdasarkan kisah Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.

“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat DS Anwar sendiri. Ada yang nak buat dokumentari, ada yang nak buat filem. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan ‘Jalan Masih Panjang’,” tulisnya di Facebook.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.

Sumber: https://malaysiadateline.com/filem-jalan-masih-panjang-berdasarkan-kisah-anwar-ibrahim-dalam-pembikinan/

Lain-lain pautan: The Vocket | Malaysiakini | The Rakyat Post | Getaran | MStar | Kosmo | Utusan Malaysia 

Ahad, November 06, 2022

Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022

Dari kiri: Azwan (Wak) PPK, Penulis, Ummi Sham, Zura PPK & Fairul PPK

Pada 5 & 6 Nov 2022, saya telah bertugas sebagai Juri atas jemputan pihak Perpustakaan Putrajaya bagi mengadili penyertaan bagi Pertandingan Perpustakaan keluarga 2022. Sebanyak 16 buah rumah yang mana 8 buah darinya adalah dalam kategori apartment dan selebihnya dari kategori rumah teres. Untuk pertandingan ini, saya bekerja bersama Ummi Sham iaitu seorang Pustakawan otai yang mempunyai pengalaman luas dalam kategori perpustakaan keluarga ini. 

Salah satu manfaat daripada sesi ini ialah kita dapat berinteraksi dengan pemilik perpustakaan itu sendiri sambil bertukar-tukar pendapat dan idea. Kita juga dapat melihat kepelbagaian dan kreativiti yang dipamerkan oleh setiap peserta. 

Penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Disember 2022. 

Jumaat, November 04, 2022

Great Leadership

Source: Internet

Selasa, November 01, 2022

Nasab Nabi Muhammad saw

 

Inilah nasab keturunan Nabi Muhammad saw yang sepatutnya dihafal oleh kita semua.

Sumber: Majelissayyidulwujud