Ahad, Mei 29, 2011

PA system: Bandar Tun Razak

Sabtu lepas, pi tolong member Trizi (PA System) untuk kenduri kahwen kat Bandar Tun Razak, Cheras. Kami pi dua orang. Shah Bassist D'Nuangs turut serta dalam sesi tersebut. Ini disebabkan Towkey ada kecemasan dan sorang lagi sharepartner berada di Kelantan. Sesi abeh lebih kurang jam 5.00 petang.

Isnin, Mei 23, 2011

Kapten Juara

Tahniah kepada kapten karna telah memperolehi piala sempena kejohanan sepak takraw seri nuang 2011 edisi ke-2. Piala telah disampaikan oleh Ustaz Fadzli. hehe

Khamis, Mei 19, 2011

Jom busking

Rabu, Mei 18, 2011

Buku untuk anak-anak

KUALA LUMPUR: Ibu bapa diminta agar tidak lokek membelanjakan wang untuk membeli buku untuk anak-anak mereka dalam merangsang budaya membaca di kalangan anak-anak mereka dari peringkat awal.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata ibu bapa juga harus bijak menggunakan pendekatan terkini untuk memperluaskan bahan bacaan yang disukai dan sesuai dengan peringkat umur anak mereka.

"Dengan kewujudan infrastruktur digital dan teknologi maklumat semakin berkembang di kalangan masyarakat, kita dapati semakin ramai generasi muda lebih gemar dan selesa untuk melayari internet melalui telefon bimbit dan iPad bagi mendapatkan maklumat dan informasi.

"Justeru, kita harus menggunakan peluang yang ada bagi menarik minat lebih ramai orang untuk membaca di samping meneroka pendekatan serta gaya hidup terbaru yang boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk merangsang budaya membaca di dalam masyarakat," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Buku Sedunia peringkat kementerian itu di perkarangan Tabika Kemas Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini Rabu.

Bertemakan "Jom Kembalikan Budaya Membaca", beliau berkata sambutan itu bermatlamat menekankan tabiat membaca di kalangan generasi muda, seluruh warga kementerian dan kumpulan sasar agar budaya itu dijadikan sebahagian daripada gaya hidup.
Antara pengisian sambutan tersebut termasuk deklamasi puisi oleh sasterawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin, sesi pembacaan cerita tauladan bersama personaliti televisyen Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Wardina Saffiyah serta pertandingan membaca dan bercerita di kalangan murid-murid Tabika Kemas Kompleks Kerajaan Bukit Perdana.- BERNAMA

Ahad, Mei 15, 2011

Aku kat Sembang Santai Belia Zon 4

Khamis, Mei 05, 2011

Kuala Lumpur

Dari jauh cari rezeki
Halal di mamah teknologi
Dari jauh datang tuntut ilmu
Jaga langkah mu sini banyak penipu

Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu

Kuala lumpur, kuala lumpur
Indah tak terkata
Kuala lumpur, kuala lumpur
Engkau kian tercemar
Biar pun kau begitu
Hanya kau lah destinasi ku
Sangat sesak tranportasi
LRT ataupun teksi
Murah murah mata rambang
Penjenayah banyak peluang

Bila lalai di awangan
Melayang tanpa graviti
Masapun berlalu disitu

*Photo Courtesy of gigibiru_kukuning the cats

Selasa, Mei 03, 2011

Premium insurans kereta lama normal

KUALA LUMPUR: Berkuat-kuasa serta-merta kenderaan persendirian melebihi jangka hayat 10 tahun akan dikenakan kadar premium pasaran normal dan tidak tertakluk kepada bebanan yang dikenakan terhadap kenderaan berisiko tinggi. Serentak itu, pemilik kenderaan persendirian terbabit boleh mendapatkan perlindungan insurans di semua penanggung insurans dan pejabat pos seluruh negara.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan semalam turut mengumumkan penanggung insurans memberi komitmen untuk menyediakan perlindungan kepada motosikal ditajajamin Insuran Kenderaan Berkelompok Malaysia (MMIP).

“Sehubungan itu, penanggung insurans harus memberitahu pelanggan mereka sama ada perlindungan insurans motor yang ditawarkan, disediakan oleh pihak penanggung insurans atau MMIP. Selain itu, kenderaan melebihi 10 tahun atau ‘kenderaan tersisih’ hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika kenderaan terbabit dianggap berisiko tinggi,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2009, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak bercadang membatalkan perlindungan insurans bagi kereta lama dan kenderaan berharga bawah RM10,000.

Perdana Menteri berkata, kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah disebabkan syarikat insurans menanggung kerugian berikutan kos tuntutan tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium dikenakan. BNM berkata, bagi memastikan hak pengguna dilindungi, pihaknya melarang penanggung insurans daripada memaksa pelanggan mereka supaya membeli produk bukan motor sebagai syarat untuk mereka menjual perlindungan insurans.

Katanya, langkah itu adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baru.