Jumaat, Julai 22, 2005

Martabat umat Melayu menurut Hamka

HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan tersebut.

Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya. Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman sepenuhnya.

Dalam menerima hakikat persempadanan politik yang memecahkan kepulauan Melayu kepada negara Indonesia dan Tanah Melayu (Malaysia), namun sebagai seorang yang mempunyai kesedaran sejarah dan budaya, serta semangat ukhuwah yang mendalam, Hamka tetap tidak dapat melepaskan dirinya daripada ikatan kemelayuan yang serumpun seagama, serantau sebudaya.

Sebagai seorang Melayu, Hamka mencintai seluruh bumi Melayu tanpa membezakan antara yang bernama Sumatera atau yang bernama Tanah Melayu...

Klik kat tajuk untuk seterusnya..

Rabu, Julai 20, 2005

Dewa????



Dewa... betui ka depa nie penyokong Israel? telah ku trima banyak email2 dari teman seperjuangan..lihatlah kapda album yang terbharue mereka...

ada sesiapa nak komen...?

Khamis, Julai 14, 2005

Ahli Fiqir: Memoranda Metafora



Bermulanya di Singapura, Ahli Fiqir bergiat aktif dalam arena muzik hiphop sejak tahun 2002 lagi. Kumpulan tiga orang vokalis terdiri dari ahlifiqir, tukangkata dan mawar berduri. Ahli Fiqir ingin memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memartabatkan bahasa ibunda mereka agar ianya tidak luput dek zaman dengan cara menggabungkan seni bahasa melayu mereka ini dengan iringan muzik masakini.

Petikan senikata dari salah satu lagu mereka mengambarkan misi utama mereka…. kita kendung yang kiri, kita apit yang kanan. Mereka ingin menerapkan sekaligus memelihara kesenian bahasa melayu klasik dan moden dan juga ciri-ciri muzik tradisional dalam lagu-lagu mereka. Sejak 2002, dimana mereka mula muncul, Ahli Fiqir kini sudah mula mencipta nama di persada muzik Singapura bukan saja di kalangan peminat hiphop tetapi juga pendengar muzik setempat dan acapkali diundang membuat persembahan termasuk dalam beberapa rancangan TV di Singapura. Beberapa buah lagu dari koleksi demo mereka juga sering diputarkan di stesen radio Singapura dan mendapat perhatian pendengar.

Pada tahun 2003 Ahli Fiqir (selepas menemui pengurusan mereka di Kuala Lumpur) mula bergerak secara aktif di Malaysia dan semakin menonjol nama mereka di seberang dengan undangan dalam beberapa projek muzik bersama kumpulan hiphop Malaysia seperti Too Phat, Teh Tarik Crew, lagu Mc Vandal dari Canada, iaitu KLX (KL Part 2) dan V.E. Di awal tahun 2004, dj cza dari Medan, Indonesia menjadi dj undangan dan seterusnya berjuang bersama Ahli Fiqir untuk melahirkan sebuah album.

Rakaman album Ahli Fiqir dilakukan di Kuala Lumpur dan merupakan satu projek nusantara yang amat unik dengan gabungan bakat Singapura, Indonesia dan Malaysia. Kini, lagu perkenalan mereka telah mula berkumandang di beberapa stesen radio di seluruh nusantara. Ahli Fiqir bakal melancarkan album sulung mereka yang berjudul `Hari Ini Dalam Sejarah’ dan akan membawa irama generasi baru ini ke ruang anda tidak lama lagi!.

ahlifiqir beb...sandiwara beb.... :)

Jumaat, Julai 01, 2005

The report: The #2 gathering



"You have nothing to fear from the prosperity and well being of the Asians. You have everything to gain, for our prosperity will contribute to your prosperity and the prosperity of the rest of the world. So think of Asian opportunities and seize them" - MM: September 20, 1997

kepada sahabat2 semua,

terpaksa mintak maaf sebab lambat sgt bagi report, sebabnya aku kat PLF nie pon ada keroje kena selesaikan. so, aku ambek masa sikit nie, sebelom semayang jumaat... crita sikit apa yang dah berlaku...

tanggal 18 june 2005, bertempat di Kafe 13, seksyen 13, shah alam...jam 2000

telah diadakan satu perjumpaan tak formal antara geng2 pm21 dan lain2 lagi la...ok. apa tujuan utama kita buat gathering kali nie ..utk diskus sikit la pasal trip to the island.. apa yang telah berlaku..seperti yang dijangkakan.. ramai yang telah datang... ok la..sebab ada yang tak dtg masa first dulu, datang kali ni... tapi anyway, ada lebeh korang 28 orang yg datang la.....ok la.

yang di sini, kita telah binchangkan nak pi dua pulau la..pilih salah satu la...:
a. Pangkor
b. Langkawi.

okey, kita telah set kan pada bulan december 2005.. budget utk trip tu nanti kita tetapkan 250 sorang ja... kalau dua org, tambah lagi la 250..ok kan? aku dah delegatekan tuan hilmi utk survey lagi harga kat dua2 pulau tu... kalau dapat murah lagi bagush. dan aku tlah delegatekan kat pak raja utk pikirkan program yang akan dibuat masa kat sana.. yee haaaa...

apa2 pon, saiful azahan dah buat satu blog la utk pm21 nie: http://is221.blogdrive.com

shimar pon dah buat satu community la utk PM june 2000: http://www.circles99.com/circles/welcome.php?uCircle=is_x2000

ok..senang2 bule lah register utk masok dalm community nie... ok la tu...tahniah sahabat.

nanti kita akan buat lagi gathering..dekat2 dgn raya ka...? jamuan raya ka? ok na...

sekian dimaklumkan utk kali nie... trima lah lagu ku utk mu....adios.