Khamis, Jun 19, 2008

Legend Junior telah laher ke dunia..


Tanggal 14 Jun 2008 yang lepas, kira2 jam 5.45 pm di Hospital Besar Kelang, telah laher pewaris pertama yang jantinanya adalah lelaki. Maka bermulalah episod baru dalam keluarga saya yang mana telah menambah satu lagi ahli keluarga yang baru. Kedua-dua belah keluarga telah menerima seorang cucu baru.

Pewaris keluarga yang mempunyai berat 3.36kg semasa lahernya telah selamat dilaherkan dalam keadaan yang normal tanpa ada sebarang komplikasi. Alhamdulillah. Tuhan telah memberi rezeki kepada keluarga. Semoga dia menjadi seorang yang beragama, berani, mendengar kata orang tuanya dan berbudi pekerti yang baik....serta menjadi orang yang berguna.

Nama yang telah dipilih ialah Ahmad Irfan. hehe.

Nota: Gambarnya akan diselitkan dalam sedikit masa lagi. Posting ini telah dipostkan dari Internet Cafe di Sekinchan, Selangor.

Selasa, Jun 03, 2008

Budaya keluar minum

Foto ihsan Parenthood

Budaya keluar minum dalam kalangan kakitangan awam ini sememangnya masih galak berlaku. Cubalah jenguk restoran, warung dan kafetaria yang berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan pada hari-hari bekerja. Boleh dikatakan bahawa tempat-tempat makan ini memang tidak akan sunyi dengan pelanggan yang turun minum, rata-ratanya kakitangan awam.

Tidak menjadi keanehan juga jika kita bertemu dengan sebilangan kakitangan awam yang berkali-kali datang ke kedai makan hanya untuk minum sambil 'bergebang' membuang masa!

Tiada salahnya untuk berehat seketika pada waktu bekerja. Daripada perspektif saintifik, diakui bahawa penggunaan domain-domain afektif (perasaan dan emosi), psiko motor (fizikal) dan kognitif (pemikiran) seseorang itu mempunyai hadhadnya. Ia perlu disegarkan semula dengan cara berehat seketika untuk mengelakkan unsur-unsur negatif berlaku seperti stres dan kelesuan.

Menurut beliau, kakitangan awam perlu sentiasa tepat pada masanya dan mengutamakan pelanggan bukannya membuang masa dengan berbual-bual perkara tidak berfaedah di kedai makan sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk daripada masyarakat.

Sebagai kakitangan awam, mereka perlu ingat bahawa tugas yang dipikul adalah suatu amanah yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat. Akan peri pentingnya sifat amanah ini disebutkan dengan jelas melalui Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfaal, ayat 27, bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."

Demi membendung budaya minum pagi yang mencacatkan kesempurnaan perkhidmatan jabatan kerajaan ini, semua pihak sebenarnya perlu melaksanakan perubahan. Pihak pengurusan dalam jabatan-jabatan kerajaan perlu mewujudkan dan mengaktifkan penggunaan pantri dalam pejabat. Peralatan paling asas untuk memasak air, memanaskan makanan dan menyimpan makanan boleh disediakan seperti cerek, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dan sebagainya.

Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat.

Perubahan sikap dalam hal keluar minum ini perlu dimulakan dan seterusnya dikekalkan. Kita tidak mahu orang awam berterusan berpegang kepada stigma 'pegawai kerajaan suka keluar minum'. Jika kita benar-benar berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, pasti kita akan berjaya mengubah sikap negatif sebegini. Barulah boleh kita nanti layak dipanggil sebagai kakitangan awam yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama.

- Utusan Online