Isnin, Mac 07, 2022

Masakan Kaki Lembu - Tradisi Orang Jawa

 

Inilah masak lemak daging kaki lembu yang telah siap. Rasanya lebih kurang seperti kulit lembu tetapi ianya lebih tebal. Sebelum itu, ianya perlu direbus supaya isinya mudah ditanggal. 

Kaki lembu perlu menjalani proses pembakaran terlebih dahulu untuk membunuh kuman dan meleraikan bulunya. Ianya juga bagi memudahkan proses mengikir kulit. 

Pembakaran ini mengambil masa satu jam. 

Inilah rupanya kaki lembu yang telah dikikir bulunya serta lapisan kukunya. 
Lokasi: Tali Ayer 6, Sekinchan