Jumaat, Julai 30, 2021

BERCERITA

 

BERCERITA
"Budaya bercerita wajar diwujudkan semula dalam kalangan ahli keluarga. Bukan hanya untuk hiburan dan mengisi masa lapang. Sebaliknya, boleh menjadi medium penting yang mampu mengeratkan hubungan keluarga, meredakan jiwa yang tidak tenteram, menambah bakat pengucapan awam dan mungkin juga menyelamat nyawa orang tersayang" - Uthaya Sankar SB, Pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan

Selasa, Julai 27, 2021

Menyemai Benih Durian

Aktiviti menyemai benih durian. Kena tunggulah pokoknya besar dahulu. Agaknya bila dah pencen barulah pokok itu besar. Dulu masa kecik-kecik, rajin ikut arwah bapak pi tanam anak durian di Kg Semat dan Kg Bekor dalam daerah Manong, Kuala Kangsar. 

Ahad, Julai 25, 2021

Label Syarikat Rakaman Tahun 1960an

Inilah antara label syarikat rakaman yang ada sekitar tahun 1960an dulu. Ada yang masih kekal hingga hari ini dan ada pula yang sudah tidak kelihatan lagi. 

Khamis, Julai 22, 2021

Agihan Daging Korban

 

22 Julai 2021: Membantu Surau Al-Ikhwan dalam mengagihkan sumbangan daging korban kepada para penduduk di sekitar komuniti. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. 

Isnin, Julai 19, 2021

Salam Aidil Adha 1442H

Isnin, Julai 05, 2021

Projek Taman Astakona

Projek Taman Astakona ini sedang dalam pembinaan untuk bulan Julai 2021. Ianya hasil kerjasama rakan-rakan sekomuniti bagi memberi wajah baharu kepada kawasan yang berumput ini supaya ianya memberi manfaat kepada jiran-jiran lain juga.