Isnin, Mei 31, 2021
Khamis, Mei 27, 2021
Kisah Perang Bekor 1946
Kampung Bekor terletak di tepi Sungai Perak, berhampiran pekan Manong dalam daerah Kuala Kangsar. Walaupun ia sebuah perkampungan kecil, Bekor menyimpan sejarah besar kerana menjadi lokasi Tragedi Bekor 1946, iaitu serangan ganas oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai terdiri daripada anggota MPAJA dan komuniti Cina selepas pendudukan Jepun berakhir. Serangan itu berlaku ketika penduduk sedang bersiap untuk solat subuh, menyebabkan 56 hingga lebih 100 orang terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan rumah dan sebuah sekolah agama.
Tragedi ini berpunca daripada ketegangan kaum yang meningkat selepas pendudukan Jepun, apabila dasar “pecah dan perintah” menimbulkan jurang antara komuniti Melayu dan Cina. Penduduk kampung cuba melawan dengan senjata tradisional seperti parang dan lembing, namun jumlah penyerang yang besar menyebabkan mereka tewas. Peristiwa ini dikenang sebagai simbol betapa rapuhnya keharmonian masyarakat jika dipengaruhi oleh konflik perkauman dan politik.
Kepentingan Sejarah
Tragedi Bekor menjadi pengajaran tentang pentingnya perpaduan kaum di Malaysia.
Ia sering dibangkitkan dalam penulisan sejarah, sastera, dan dokumentari sebagai peringatan terhadap bahaya perpecahan masyarakat.
Kampung Bekor kini dikenali bukan sahaja sebagai sebuah penempatan tradisional Melayu, tetapi juga sebagai tapak sejarah yang mengingatkan generasi baharu tentang pengorbanan dan penderitaan nenek moyang mereka.
Isnin, Mei 24, 2021
Cerita Kumpulan Search
Search ditubuhkan oleh Yazit (pemain drum) Zainal Rampa dan John aka Hillary (gitar) pada 1981.
Jumaat, Mei 21, 2021
Pantun Petang Jumaat
![]() |
| Gambar hiasan |
Ah Chong keluar ke kedai Speedmart
|
Keluar nak beli kain gebar Kita ni sebagai pengurus maklumat Semak dulu sebelum sebar Masak laksa guna ikan tenggiri Pedas bukan main mulut ternganga Hidup bersatu wahai pengurus
informasi Informasi sahih informasi berguna Burung kedidi si burung gagak Mari hinggap di atas para Maklumat sekarang ini terlalu
banyak Ikut kebijakan kita untuk
menimbang tara Sedapnya rasa si ayer laici Lagi sedap si ayer kathira Hanya kerna si hujung jari Porak peranda satu dunia Jahit selimut dengan kain perca Kain dibeli di pekan selasa Jangan kita mencaci mencerca Kelak rosak budi bahasa Sedap sungguh buah bidara Di bawa dari Padang Tenggala Budi bahasa dipandang mulia Ini ajaran tok moyang kita |
Rabu, Mei 19, 2021
Nostalgia Baraan Dalam Kenangan - Dr Budiman
| Gambar acara Baraan di Sekinchan |
Ya, dia tak selayaknya mengaku Jawa, samalah macam orang Siam tak layak mengaku Siam kalau tak tahu tomyam itu apa. Saya pun mengaku juga Jawa walaupun ketika bersembang bunyinya seperti orang Siam cakap Kelantan.
Baraan yang bermaksud ziarah atau kunjungan beramai-ramai merupakan salah satu adat warisan masyarakat Jawa yang terpelihara elok sehingga sekarang. Tidak diketahui sejarah asal-usulnya. Ia mungkin bermula sebagai amalan kunjung-mengunjung sesama ahli keluarga semasa di Tanah Jawa dan apabila berhijrah ke Tanah Melayu resam itu turut dibawa bersama.










![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















