Sabtu, Julai 30, 2022

Kembali ke KE VII School, Taiping

 

Kembali ke KE VII School, Taiping
30 Julai 2022
Ada sedikit program di Pusat Sumber SM King Edward VII sambil berbincang mengenai majalah lama sekolah. Turut serta adalah Tiger Roslan (OE90)
Terima kasih Tiger Cikgu Siva (OE80) dan guru-guru PSS SMKE VII. Semoga terus
mantap
.

Sabtu, Julai 23, 2022

Gotong-royong Sekolah

 

Gotong-royong Sekolah

Bagi sedikit sumbangan tenaga untuk program gotong-royong sekolah pada 23 Julai 2022. Ini sektor tanaman pokok di tepi surau sekolah. Kami dapat tanam pokok Belalai Gajah sebanyak 40 pokok. Ada yang mengecat makmal, kawasan tangga, batu tepi padang, membersih longkang dan lain-lain lagi.
Lokasi: SRAI DMYS, Seksyen 7

Nota: Tangan sedang pegang cangkul warna biru di sebalik pokok.

#kerjaamal
#sukarelawan 

Khamis, Julai 21, 2022

Rumah Degil Chow Kit dan Arca Bayu Utomo

 

Rumah Degil dan Arca Bayu Utomo

Hari ni pi melawat Rumah Degil / Rumah Pusaka Chow Kit yang dibina pada tahun 1926 oleh Jaafar Sutan Sinombar. Beliau merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa, Pembuka Kuala Lumpur. Asalnya, ianya terletak di No. 41, Jalan Chow Kit. Akhirnya kini ianya dipindahkan ke Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Arca ciptaan Bayu Utomo Radjikin itu pula diberi nama "Bujang Berani" yang dihasilkan pada tahun 1991. Manakala, arca "Lang Kacang" pula pernah dijadikan kulit album kumpulan Search bertajuk Rampage (1992).

Jom melawat Balai Seni Negara. Apresiasi seni tempatan.

#BalaiSeniNegara

Selasa, Julai 19, 2022

Rumah Datuk Maharajalela

 

Elok benor rumah pahlawan Perak, Datuk Maharajalela (Nama sebenor: Pandak Lam) ni dibaikpulih. Sebelum ni terbior je kat Pasir Salak tu.

UM 18 Julai 2022
#pahlawanPasirSalak

Ahad, Julai 10, 2022

Besen Biru

 

Besen Biru
Ini di Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan. Dua ekor lembu untuk ibadah korban dilaksanakan di tepi rumah ja. Lepas tu tolong bakar kambing sebab buat kenduri petang tu.
10 Zulhijjah 1443 (10 Julai 2022).

Nota: Cari besen biru untuk isi daging korban.
Foto kredit: Nasdor

#korban2022

Khamis, Julai 07, 2022

Salam Aidil Adha 1443H