Khamis, Mac 28, 2013

Kelab Cintai Taiping

JEMPUTAN MENJADI AHLI KELAB CINTAI TAIPING.
Di jemput warga Taiping, warga Malaysia yg mencintai Taiping Bandar Warisan menjadi ahli Kelab Cintai Taiping (KCT), sebuah NGO yg berdaftar. Bersama-samalah membantu kami membuat kerja-kerja amal untuk kebaikan Taiping dan warganya sekali.

Sila hubungi Setiausaha 013-5815051 dan beri email address supaya borang keahlian boleh di hantar.
Blog: http://kelabcintaitaiping.blogspot.com | FB: Cintai Taiping Group

Sumber: Blog KCT dan FB KCT

Ahad, Mac 24, 2013

Pipe Band


 
Gambar diambil dari Facebook: Band of Spirit Shah Alam UiTM (Fanpage)

Sabtu, Mac 23, 2013

Teratak Rahmat


Khamis, Mac 21, 2013

Kain Palaiyakat

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamil Nadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Palekat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat. Sekarang ni ada juga perempuan yang menggunakan kain pelekat untuk dipakaikan dengan baju kurung Kedah, contohnya.

Kain pelekat juga dijadikan sebagai tajuk lagu Anuar & Ellina

Ahad, Mac 17, 2013

Petua orang tua

Taburkan belerang kuning sekeliling rumah/khemah(jika bercamping).  Sesuai untuk mengelakkan/menghindarkan binatang buas dan berbisa seperti ular dan kala jengking juga.

Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kari boleh dibeli di kedai yang menjual peralatan kembara.

Dikatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya menghalau binatang berbisa seperti ular, kala jengking serta lipan. Taburkan garam kasar sekeliling rumah. Limau purut (daun/buah/pokok), dikatakan ular tak suka dengan baunya. Daun Melada Pahit- sejenis tumbuhan herba, selain boleh digunakan utk mengubati penyakit angin, sakit sendi, kudis buta, sengugut dan awet muda, ular juga tak sukakan pokok ini.  Dikatakan jika dikunyah dan telan biji dari pokok ini, nyamuk, pacat n lintah pun segan nak singgah kat manusia. kalau nak tau berkesan atau tak, try la. 

Jumaat, Mac 08, 2013

Kayuh Earth Hour


Ahad, Mac 03, 2013

Musim mengisi e-filing Income Tax 2012

Bermula 1 Mac sehingga 30 April 2013, Borang -efiling Income Tax telah dibuka bagi kemudahan semua orang yang bekerja untuk mengisi borang taksiran 2012 secara online. Walaupun apabila telah diisi borang tersebut, kita tak kena cukai, namun pengisytiharan pendapatan kita wajib dibuat. Ianya bagi memudahkan kita juga untuk tahun-tahun akan datang. Borang online boleh diakses melalui alamat ini:

https://e.hasil.gov.my

Selamat mengisi borang e-filing.

Jumaat, Mac 01, 2013

Hobbiton Tours


www.hobbitontours.com