Rabu, November 11, 2026

Saya Mahu Lakukan Yang Terbaik - PMX

 

Selasa, November 10, 2026

Dr Abd Ghani Genggam PhD di Usia 81

 

Ihsan BERNAMA
Ihsan Buletin TV3
Ihsan tvoice

Bachok: Mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan tidak menghalang seorang datuk yang mempunyai 35 cucu menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 81 tahun dalam Istiadat konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

Lebih manis, Dr Abdul Ghani Muhamad berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Tasawuf dan Tarekat tepat masa selama empat tahun. Abdul Ghani berkata, cabaran utama untuk menghabiskan pengajiannya adalah faktor kesihatan diri yang mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, prostat dan saraf.

"Saya juga menjalani dua kali pembedahan mata sepanjang pengajian selain berdepan faktor usia lanjut seperti ingatan merosot. Saya juga perlu menguasai teknologi digital hari ini, kena belajar komputer namun anak dan cucu menjadi motivasi untuk saya habiskan pengajian," katanya ketika ditemui di Majlis Istiadat Konvokesyen UMK ke-16 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Bachok, di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, objektifnya mengambil PhD adalah bagi memenuhi impian masa mudanya yang mahu menjejak kaki ke menara gading dengan pengajian paling tinggi.

Disebabkan faktor kewangan dan berkeluarga, dia terpaksa menangguhkan hasratnya sehingga berpeluang melanjutkan pengajian selepas sembilan anak sudah besar dan berkeluarga selain sudah bersara sebagai guru agama. Malah, suami kepada Che Norma Che Ismail, 79, yang tinggal di Bukit Marak ini bersemangat mahu meneruskan pengajian PhD sekali lagi dalam bidang agama di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan di UMK.

Dia antara 4,035 graduan UMK yang diraikan pada konvokesyen kali ini membabitkan lapan sidang bermula hari ini sehingga Khamis. Dalam konvokesyen itu, Abdul Ghani yang juga graduan PhD tertua UMK diraikan lebih 20 anak, menantu dan cucu yang hadir ke majlis konvokesyen di UMK Bachok.

Sumber: Harian Metro (1 Nov 2026)

Isnin, November 09, 2026

Jasa Seorang Pemimpin

 

Jasa pemimpin yang baik akan terus disebut dan dikenang walaupun mereka sudah tiada kerana sumbangan, pengorbanan dan kepimpinan mereka memberi kesan yang besar kepada masyarakat. Pemimpin yang berintegriti, berwawasan serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat akan meninggalkan legasi yang berkekalan. Nama mereka sering dijadikan teladan dan inspirasi kepada generasi seterusnya kerana kejayaan serta nilai murni yang mereka terapkan sepanjang memimpin. 

Ahad, November 08, 2026

Membaca dan Berfikir

 

Kemerosotan budaya membaca dan berfikir merupakan antara cabaran utama yang boleh menjejaskan kemajuan sesebuah peradaban. Budaya membaca bukan sekadar amalan memperoleh maklumat, tetapi juga asas kepada pembentukan ilmu, pemikiran kritis dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Apabila masyarakat semakin kurang membaca, mereka cenderung bergantung kepada maklumat yang ringkas, tidak sahih atau bersifat sensasi tanpa menilai kesahihannya. Keadaan ini boleh menyebabkan penyebaran maklumat palsu, kelemahan dalam daya analisis serta kemerosotan keupayaan berfikir secara mendalam.

Dalam jangka panjang, masyarakat yang kurang membaca dan berfikir akan menghadapi kesukaran untuk melahirkan golongan intelektual, inovator dan pemimpin yang mampu membawa perubahan positif. Oleh itu, usaha membudayakan pembacaan, memperkukuh literasi maklumat dan menggalakkan pemikiran kritis perlu diperkasakan agar peradaban yang berilmu, berfikiran matang dan berdaya saing dapat terus dibina dan dipertahankan. 

Sabtu, November 07, 2026

The New Dark Ages - James Marriot


Buku The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society karya James Marriott membincangkan kemerosotan budaya membaca dalam era digital dan kesannya terhadap pemikiran, demokrasi serta kehidupan masyarakat moden. Marriott berhujah bahawa dominasi skrin, media sosial dan hiburan digital telah mengurangkan keupayaan manusia untuk membaca secara mendalam, berfikir secara kritis dan memahami isu yang kompleks. 

Menurut beliau, tradisi membaca yang selama berabad-abad membentuk ilmu pengetahuan, sains dan demokrasi kini semakin terancam, lalu mewujudkan suatu “zaman gelap baharu” di mana masyarakat menjadi lebih cetek, emosional dan mudah dipengaruhi. Buku ini merupakan seruan agar budaya membaca dan penulisan terus dipelihara sebagai asas penting bagi pembentukan masyarakat yang berilmu, rasional dan berdaya fikir.

Tiga pengajaran utama daripada buku The New Dark Ages: The End of Reading and the Dawn of a Post-Literate Society oleh James Marriott ialah:

  1. Budaya membaca perlu dipertahankan kerana pembacaan yang mendalam membantu membina pemikiran kritis, kefahaman yang luas dan keupayaan membuat pertimbangan yang rasional.

  2. Penggunaan teknologi perlu seimbang kerana pergantungan berlebihan kepada media sosial dan kandungan digital yang bersifat pantas boleh mengurangkan tumpuan, daya analisis dan keupayaan memahami isu yang kompleks.

  3. Masyarakat berilmu merupakan asas demokrasi yang sihat kerana individu yang membaca dan berfikir secara kritis lebih sukar dipengaruhi oleh maklumat palsu, propaganda dan manipulasi pendapat awam.

Secara keseluruhannya, buku ini mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tidak seharusnya mengorbankan budaya membaca, kerana pembacaan merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat yang berpengetahuan, bijaksana dan mampu menghadapi cabaran masa depan.

Jumaat, November 06, 2026

Kibarkan Bendera Negeri Perak

 

Pada 1 Mac 1879, dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak Raja Muda Yusuf yang memegang jawatan sebagai Pemangku Sultan Negeri Perak pada waktu itu telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera untuk negeri Perak.
Dalam usul tersebut, terdapat gambaran bendera yang mempunyai 3 jalur warna yang sepertimana kita dalam lihat pada hari ini dalam warna jalur bendera negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna tiga jalur putih, kuning dan hitam dalam bendera negeri Perak ini melambangkan sebagai kedaulatan Sultan, Raja Muda dan Raja Bendahara pada waktu itu. Dan untuk makluman anda, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang melambangkan Raja Bendahara telah digantikan kepada Raja DiHilir berikutan tentang hal pemansuhan gelaran tersebut. Begitulah ceritanya yang ringkas tentang sejarah kewujudan bendera Perak.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ini adalah penghormatan kepada Sultan sebagai pemimpin tertinggi di negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, yang merupakan pelengkap dalam struktur pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Ini menggariskan peranan penting Raja Di Hilir dalam hierarki pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.


Jadilah Pemimpin Yang Disukai