Jumaat, Disember 29, 2023

Sampul Surat Hari Pertama

Sampul Surat Hari Pertama

Arwah bapak seorang yang suka mengumpul sampul surat hari pertama. Beliau bertugas di pejabat pos maka lagi senanglah nak dapatkan. Ada empat album semuanya yang bermula sekitar 1970an semasa di Kuala Kangsar sehingga di Taiping sekitar 1990an.
29 Dis 2023

Khamis, Disember 28, 2023

Kembara 22-27 Dis 2023


Kembara Hujung 2023:

22 Dis: Dataran Bagan Datuk melalui Jambatan Sultan Nazrin Shah

23 Dis: Rumah Atap Kuning di Sayong, Aiskrim Mokti's di Bawah Lembah, Istana Iskandariah di Bukit Chandan dan Laksa Buyong di Bukit Gantang

24 Dis: Jam Besar Taiping, Kenduri di Kampung Simpang dan Kenduri doa selamat di Taman Kuningsari

25 Dis: Kuala Sepetang, Pasar Taman Kaya, Pasar Kota dan Anjung KC di Taman Sri Kota, Razo Mini Home di Simpang, Kenduri anak saudara Tiger Faizal Azman di Changkat Jering

26 Dis: Pasar Chowrasta di Tanjung Penaga, Restoran Minah & Masjid Jamek Sungai Gelugor dan Sham Hammer Ikan Bakar di Bayan Lepas.

27 Dis: Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Segari, Dodol Opah Yang di Teluk Sareh, Kg Gajah dan Restoran Atte'r di Kg Chenderong Balai.

Jumaat, Disember 22, 2023

Ilmu dan Buku oleh PMX

 


Khamis, Disember 21, 2023

'Babu Roti' di penghujung jalan

Sumber: Utusan Malaysia (17 Dis 2023) 

Rabu, Disember 20, 2023

Ke Kementerian Komunikasi, Presint 4

 

Selasa, Disember 19, 2023

Salam Takziah - Ibnor Riza, Dato' M Daud Kilau dan Lewis Pragasam

 


Isnin, Disember 18, 2023

Pembawaan diri cerminan tahap intelektual pemegang PhD

Foto: Times Higher Education 

Pembawaan diri cerminan tahap intelektual pemegang PhD

Berita Harian - 14 Dis 2023

Oleh Prof Datuk Dr Jayum Jawan

Kebelakangan ini semakin ramai golongan akademik memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti sama ada di dalam atau luar negara. Ada golongan akademik mendapat PhD dari universiti terkemuka yang diiktiraf, tetapi ada juga memperolehnya dari universiti kurang tersohor atau tidak dikenali.

Akan tetapi, sebilangan ahli akademik ini tidak menonjolkan kewibawaan mereka dalam aspek keilmuan dan kepakaran diperolehnya sehingga boleh dipertikai kemampuannya, sekali gus menimbulkan persoalan dari universiti mana orang ini mendapat PhD atau gelaran profesor. Dalam dunia moden hari ini, ketika banyak pihak taasub mengejar pangkat dan gelaran, akan wujud pelbagai tawaran perlu ditapis dengan lebih berhati-hati supaya apa yang 'dikejar' itu sah dan pemegang ijazah PhD tidak tertipu atau menjadi mangsa 'scammer'.

Paling penting, apabila menerima gelaran tertinggi dalam akademik, tidak seharusnya pemiliknya memalukan diri sendiri dalam kalangan golongan akademik yang turut mempunyai pangkat dan gelaran sama. Jika ada ilmuwan mahu mendapat PhD dan menggunakan singkatan 'Dr' pada namanya, maka cara terhormat untuk memperolehnya adalah dengan mendaftar sebagai calon di universiti diiktiraf dan bukannya membuat pengajian dengan universiti dilabel 'kilang ijazah' (degree mill) atau 'institusi satu malam' (fly by night institutions)

Ahad, Disember 17, 2023

Pameran Anak-anak Sidek: Lagenda Badminton Negara

 

Pameran Anak-anak Sidek: Lagenda Badminton Negara
1 Nov 2023 - 30 April 2024
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Masuk Percuma

Baca berita di Selangorkini --> sini

#AnakanakSidek #PialaThomas1992 

Jumaat, Disember 15, 2023

Setem Pertama di Tanah Melayu


Fakta Menarik | Setem Pertama Di Tanah Melayu

Setem wajah Ratu Victoria, Ratu England dikeluarkan buat pertama kalinya pada bulan Disember 1867, merupakan setem pertama yang digunakan di Tanah Melayu.
Setem ini telah digunakan selama 35 tahun sehingga 1902 dan digantikan dengan setem wajah Raja Edward VII, setelah Ratu Victoria mangkat.
Ingin mengenali setem dengan lebih lanjut?
Jom ke booth Pos Malaysia di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya sempena Minggu Setem 2023 minggu ini.
Sumber:

Khamis, Disember 14, 2023

Larian Santai Sempena Ulangtahun ke-150 Bandar Taiping (1874-2024)

 

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Bandar Taiping (1874-2024), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menganjurkan Larian Santai sejauh 5KM.
Peserta yang membuat pendaftaran 150 terawal akan menerima cenderahati istimewa. Selain itu para peserta juga berpeluang menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM 3,000.00.
Tunggu apa lagi! Jom daftar dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster atau layari

Sumber: FB Majlis Perbandaran Taiping 

Rabu, Disember 13, 2023

Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023

 

Foto ihsan: Berita Harian

Baca berita di Sini  | Laman web Kabinet

Selasa, Disember 12, 2023

Status suri rumah sepenuh masa tidak halang genggam Ph.D

Status suri rumah sepenuh masa tidak halang genggam Ph.D

Astro Awani – 12 Disember  2023 

Foto ihsan Astro Awani 

Ibu kepada dua anak, Dr Hanita Hashim membuktikan tidak kira apa status sekali pun, asalkan minat kepada ilmu, juga menetapkan dalam hati bahawa pembelajaran itu adalah proses sepanjang hayat, semuanya bukan mustahil.

Hanita yang berusia 51 tahun bukan sahaja bersyukur, tetapi gembira apabila akhirnya pengorbanan memulakan pengajian sejak tahun 2017 berbalas dengan segulung Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat dengan tesis bertajuk 'Divisional Distributed Computing Model In The Case Of Multiple Sources And Receptors For Inter State Waqf Data Transaction Based On Electricity Supply' dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menurutnya, kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah jika tiada dorongan suami dan anak-anaknya, Aiman Hanif dan Aishatul Hannan, masing-masing berusia 24 dan 20 tahun.

"Banyak cabaran yang dihadapi sepanjang usaha mendapat Ph.D ini. Saya akui jalannya bukan mudah, tetapi tidak juga sukar sebenarnya. Antara halangan termasuk sekatan COVID-19, yang memperlahankan tempo pembelajaran saya. Selain itu, saya agak "down" apabila suami habiskan pengajian terlebih dahulu, sedangkan kami dari awal sepakat mahu menghabiskan pengajian bersama-sama. Ini kerana topik kajian yang dipilih adalah berkaitan.

Isnin, Disember 11, 2023

How books give opportunity

How books give opportunity

The Star 5 Dec 2023 pg. 5 (Lifestyle)

"Books are about giving the opportunity to dream and to think about a career, about how to be a better citizen of this world" - Abdullahi Mire

Ahad, Disember 10, 2023

Seni Foto Jalanan: Sekinchan

 

Lokasi: Sekinchan 

Sabtu, Disember 09, 2023

Perkataan Bahasa Melayu Aras Tinggi oleh PMX

 

Foto ihsan BFM

Perkataan Bahasa Melayu Tinggi oleh PMX

Kemaskini: 12 Okt 2026

Perkataan

Maksud

Apakala

Apabila, Bila mana

Arakian

Maka, sesudah itu

Beranotasi

Disertakan catatan

Bergentayangan

Berjalan ke sana-sini

Bobrok

Rosak

Citra Nusa

Gambaran atau imej tanah air

Cerakin

Selidik, siasat

Dampak

Kesan yang ketara

Dasawarsa

Dekad

Dhamir

Ganti nama

Filasuf

Ahli falsafah

Hubaya

Awas

Ikhtiar Nirmala

Usaha yang tidak bernoda, suci

Inayat

Kurniaan daripada Tuhan

Intiha

Penutup

Ithaca

Kota purba di Greece, sebagai ingatan sejarah yang murni dan tulus

Islah

Usaha mengembalikan sesuatu kepada asal

Jungkir Balik

Imbas kembali

Kegalauan

Kekalutan, kebisingan

Kebhinekaan

Beraneka

Keabsahan

Sah

Kemitraan

Hubungan, Kerjasama

Ketimbang

Berbanding

Kendatipun

Meskipun

Kesenjangan

Ketidakseimbangan

Khulasah

Rumusan atau inti pati

Lighad

Untuk hari esok

Marcapada

Dunia masa kini

Madani

Manusiawi

Mahakaya

Maha Kuasa

Mahsul

Hasil

Meladeni

Melayani, Mempedulikan

Mencakup

Merangkumi, Meliputi

Menata

Menyusun atau mengatur secara terancang

Menokok

Menambah sedikit

Menghimbau

Memanggil, Menyeru

Membugar

Memperelok semula

Menangani

Membanteras

Menggugah

Menggesa, Mencabar

Merekayasa

Menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dsb

Menopang

Menunjangi

Nukilan

Ciptaan

Pandu Citra

Bimbingan / Coaching

Prakarsa

Inisiatif, Daya Usaha

Pranata

Sistem peraturan manusia

Purbasangka

Prasangka

Sela-sela

Ruang di antara dua benda

Sementelahan

Tambahan pula

Seyogia

Sepatutnya, selayaknya

Tatanan

Aturan, Sistem, Susunan

Tantangan

Cabaran

Tata Kelola

Tadbir Urus

Taakul

Pertimbangan

Tiwikrama

Berusaha sedaya-upaya

Turath

Warisan keilmuan dan dan pemikiran tradisional

Walhasil

Kesimpulannya

Wewenang

Hak dan kekuasaan

Waad

Janji

Zaman Mansang

Zeit Geist (Jerman) – Semangat oleh generasi hari ini untuk generasi seterusnya

 

 

 


Jumaat, Disember 08, 2023

Bersama Penulis Buku Catatan Perjalanan "Visiting Librarian" di Universiti Deakin Melbourne

 




Khamis, Disember 07, 2023

Be passionate about your profession


Bila dah kerja, kita kena ada 'sense of belonging'. Begitulah adanya.

Sumber: NST - 4 Dec 2023

Rabu, Disember 06, 2023

Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun

Foto ihsan: Sinar Harian 

Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun

Sinar Harian – 30 Nov 2023

SHAH ALAM - Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bapa tujuh anak dan 17 cucu itu, Dr Muharam Awang berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti terpaksa berulang-alik dari Melaka ke kampus dan mengalami penyakit katarak menyebabkan mata kabur, namun ia bukan penghalang untuk menamatkan pengajian.

Selasa, Disember 05, 2023

Pekan Papan yang dilupakan


Suatu ketika dulu Papan sebuah pekan yang sibuk dan penuh dengan aktivitinya. Di sini juga ada Istana Raja Bilah, Masjid Lama Papan dan Klinik Dr Sybil Kathigasu serta Galeri Warisan Papan.

Siapa yang pernah ke Papan boleh kongsi pengalaman kat sini.
Sumber: UM 3 Dis 2023

Isnin, Disember 04, 2023

Berjumpa Naib Canselor UiTM

 

Alhamdulillah, akhirnya dapat jumpa berjumpa dengan Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Dr Shahrin bin Sahib@Sahibuddin pada suatu acara pada 3 Dis 2023.

#AlumniUiTM #UsahaTaqwaMulia #KitaUiTM 

Ahad, Disember 03, 2023

Kata-kata Hikmah: Prof Dzul

 


Sabtu, Disember 02, 2023

Maktab Perguruan Matang 1913-1922

Foto ihsan: Peraktastic.com
Foto ihsan; orangperak.com 

TAIPING - Isnin lalu (11 Oktober 2021) genap usia 108 tahun pembukaan Maktab Perguruan Melayu Matang (Maktab Matang) yang juga merupakan institusi perguruan tertua di Negeri-negeri Melayu Bersekutu semasa era kolonial.

Maktab yang terletak kira-kira 9.6 kilometer dari bandar Taiping ini didirikan di tapak Kota Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim yang dibina pada tahun 1854 dijadikan Kompleks Sejarah Matang pada 1985 setelah diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia.

Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkifli berkata, maktab ini ditubuhkan untuk mengatasi kekurangan guru di Negeri-negeri Selat dan dikhususkan kepada penuntut-penuntut Perak sahaja. Menurut beliau, Maktab Matang kemudiannya meluaskan pengambilan penuntut-penuntut dari Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

"Memandangkan Maktab Perguruan Melayu Melaka menunjukkan perkembangan yang menggalakkan, ia telah menarik perhatian Sultan Perak untuk menubuhkan maktab perguruan yang sama di Perak. Maktab ini pada mulanya melatih seramai 25 orang penuntut setiap tahun dengan setiap seorang menerima bantuan wang saku $1.50 sebulan sebelum dinaikkan $3," katanya kepada Kosmo!

Sepanjang mengikuti latihan di sini, penuntut diuji kebolehan dalam bidang kira-kira, bacaan, tulisan, papan hitam, pengetahuan am dan lukisan peta. Jelas Nor Hisham, pada tahun 1920 mata pelajaran perkebunan pula telah diperkenalkan manakala penuntut akan diuji pada setiap minggu dan ujian terakhir dijalankan oleh pemeriksa luar.

"Sebagai satu usaha menyeragamkan dan memusatkan latihan-latihan perguruan, maktab ini akhirnya ditutup pada tahun 1922 apabila Maktab Perguruan Sultan Idris siap dibina di Tanjung Malim. Walaupun hanya sembilan tahun melatih bakal guru, namun Maktab Matang membuktikan pemikiran terkehadapan pihak Istana terhadap kepentingan pendidikan," ujar beliau.

Sumber asal: https://peraktastic.com/p1/index.php/warisan/1299-maktab-matang-lahirkan-pendidik-melayu.html

Jumaat, Disember 01, 2023

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023

 

Khamis, November 30, 2023

Jom ke Hari Batik Malaysia 2023

 

Sumber: Kraftangan Malaysia 

Rabu, November 29, 2023

Curated Content

 

Source: Willow.co 

Selasa, November 28, 2023

Hormati jubah konvokesyen, 'mortar-board' - Prof Shahrin


Kuala Lumpur: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shahrin @ Sahib Sahibuddin menasihatkan graduan supaya menghormati jubah konvokesyen sebagai pakaian istiadat yang penuh makna.

Prof Shahrin membuat teguran itu selepas melihat ada segelintir graduan yang menyarung jubah mereka kemudian membuat content (kandungan) kreatif untuk perkongsian di laman sosial. Menurut Prof Shahrin, beliau pasti graduan yang berbuat demikian ingin memperlihatkan apa yang dianugerahkan kepada mereka.

"Tapi perasaan hormat itu perlu ada kerana bukan sembarangan dan calang-calang individu boleh menyarung jubah berkenaan. Kami ahli akademik juga menyarung jubah berkenaan sebagai tanda dan simbol ilmu yang dijunjung.

"Pemakaian songkok mahupun mortar-board (topi mortar atau konvokesyen) dipakai oleh mahasiswa sebenarnya antara takrifannya adalah menjunjung ilmu ditauliahkan kepada mereka. Jadi sesuai dengan itu besarlah harapan saya semua mahasiswa (mahasiswi) dan graduan UiTM Malaysia seluruhnya untuk menghormati pakaian akademik ini," katanya menerusi satu video berdurasi satu minit 48 saat di TikTok rasmi UiTM.

Menurut Prof Shahrin, pakaian istiadat itu perlu diletakkan sejajar dengan statusnya yang sangat mulia dan tinggi dianugerahkan kepada graduan.

"Kena ingat firman Allah itu dari sisi Allah maka ilmu yang saudara dan saudari pegang itu sangat mulia tinggi. Maka pakaian itu melambangkan ilmu. Perihal pakaian itu tatacara dan adabnya perlulah dianugerahkan kepada pakaian ilmu yang saudara saudari pakai," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video trend graduan menggayakan jubah konvokesyen ketika berniaga, melakukan kerja rumah dan aktiviti lasak.

Alasannya adalah kerana rugi jika menggayakan jubah ketika majlis konvokesyen saja namun ada yang mengecam dengan mengatakan tindakan itu keterlaluan seolah tidak menghormati pakaian istiadat berkenaan.

Sumber: Harian Metro - 28 Nov 2023