Isnin, April 13, 2009

Kiyai Suhaimi dan Blog


Tadi terbaca blog Rocky Bru pasai posting dia mengenai Blog Amy Search dan Tour konsert dia tahun 2009 nie. Wah, Amy dah ada blog dalam usia Search 28 tahun. Ini satu perkembangan yang baik untuk saudara Amy dan Search.

Jangan lupa saksikan konsert di awan biru yang dibawa khas oleh Celcom sempena Search 28 tahun. Jika ingin lihat info tentang Search, sila pergi ke www.duniasearch.com

Khamis, April 09, 2009

Metallica dimasyhurkan

Kumpulan Metallica menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame pada 5 April 2009. Antara album yang terbaik dan masih mendapat peminat sehingga sekarang ialah "Metallica" atau "Black Album" yang diterbitkan pada tahun 1991. Metallica sekarang dianggotai oleh James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan bassist terbaru, Robert Trujillo. Antara bekas ahli Metallica mendiang Cliff Burton (guitarist) dan Jason Newsted (bassist).

Hail Metallica.