Rabu, Oktober 29, 2008

Samad Lefthanded (1963-2008)


Arena seni tanahair kehilangan sebutir lagi bintang dengan pemergian gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian akibat sesak nafas pada 23 Oktober 2008

Allahyarham Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, pada 23 Oktober 2008 yang lalu.

"Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang," kata Norliza ketika dihubungi.

Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada.

"Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir," ujarnya dalam nada sebak.

Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6.

Sabtu, Oktober 11, 2008

OE 125th Dinner -- 11 October 2008

Pada 11 October 2008 yang lalu, telah berlangsung dinner sempena 125 tahun KEVII School. berikut adalah liputan dalam NST bertarikh 13 October 2008:

TAIPING: How does one celebrate the 125th anniversary of one of the country's oldest government schools? For old pupils of the King Edward VII School here, the past six months have been a flurry of activity, with students and old boys organising a procession in the city streets, a golf tournament, publishing a coffee table book and preparing an anniversary dinner fit for royalty.

The dinner on Saturday was graced by Sultan Azlan Shah of Perak, Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Raja Muda Raja Nazrin Shah, Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Raja Jaafar Raja Muda Musa and Raja Puan Muda Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah."The school has had among its alumni two sultans, ministers and Singapore's former president, Yusof Ishak," said organising chairman Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, adding that Tuanku Bainun had also taught at King Edward VII for two years.Sultan Azlan also launched the coffee table book, King Edward VII Taiping: The First Century.

Proceeds from the sale of the 1,000 copies of the book would be channelled to a trust fund for the school, said book committee chairman and Media Prima Bhd chairman Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak. An oil painting of the school's facade by old boy and retired art teacher Abdul Razak Osman, was presented to Sultan Azlan Shah as a memento of the evening.

Also present on the occasion were Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, British High Commissioner Boyd McCleary and state Education, Local Government, Housing, Public Transport Committee chairman Nga Kor Ming."

--Magni Nominis Umbra--

Gambar sumber dari: http://datinserifatimah.blogspot.com/2008/10/majlis-makan-malam-perayaan-125-tahun.html

Jumaat, Oktober 10, 2008

Ahmad Irfan aka Tomato Boy - 1 Syawal 1429H

Hari Raya Aidil Fitri dah seminggu diraikan oleh orang ramai, masa nie la open house berduyun-duyun diadakan demi merapatkan silaturrahim sesama sahabat handai dan saudara-mara. Kali nie nak tunjuk Tomato Boy semasa 1 Syawal yang lalu. hehehehee.. Sungguh cheria dan gumbira karna menyambut hari raya untuk kali pertama.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Masa tu rambut dia baru nak tumbuh, dan dah naik sikit ja.

Beliau mengucapkan ribuan terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyumbangkan angpow raya yang telah diterima oleh beliau.. hehe.

Rabu, Oktober 01, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

The Legend dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung blog ini dan ingin mengucapkan selamat bergumbira di hari yang mulia ini. Semoga amalan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan yang baru lepas nie diterima oleh Allah. Amin.