Selasa, Disember 27, 2011

Jalan Chowrasta, Penang

Jalan Chowrasta? kat mana tempat ni? Kalau hangpa pernah pi Tanjong, tempat ni hangpa tak mungken lepaih nak pi, mesti kena pi. Hangpa kena beli jeruk. Kat dalam market ni, banyak org Cina yang juai la, tapi kat kedai lama sebelah market ni, ada tiga empat kedai org Melayu yang juai jeruk ni, antaranya Kedai Jeruk Buah Pala Aishah, Nasir Jeruk dan lain-lain.

Isnin, Disember 26, 2011

Sekitar Perhimpunan Mat Riau dan Mat Luei 2011

Khamis, Disember 22, 2011

Perhimpunan Mesra Keturunan Mat Riau & Mat Lui 2011

PERJUMPAAN MESRA KETURUNAN MAT RIAU dan MAT LUI 2011
25 DISEMBER 2011 | 10 PAGI – 6.00 PETANG
DI DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS KEDIAMAN BALAI POLIS DAERAH MANJUNG,
JALAN KOLAM AIR, 32700 BERUAS, PERAK DARUL RIDZUAN

Ayat penyembuh rabun mata


"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)" - Surah Qaf: 22

Khamis, Disember 15, 2011

Pasai apa anak derhaka?


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tah nia h. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Sumber: http://suraualhijrahpprpantairia.blogspot.com

Isnin, Disember 12, 2011

Tasbih Putih

Baru lepas tengok cherita Tasbih Putih kat Astro Prima. Cherita ni Botak Juvana berlakon jadi Penolong Mudir di Maahad Tahfiz. Mudir dia tu Dato' Rahim Razali. Dia ni sebagai seorang yang paling senior dan banyak membantu junior-junior yang baru masuk ke situ. Pelbagai cabaran dia hadapi apabila ada segelintir murid-murid yang berdendam dengan dia.

Khamis, Disember 08, 2011

Library baru akan dirasmi

Ahad, Disember 04, 2011

Mini Cooper


Jumaat, Disember 02, 2011

As-Sauda

Selasa, November 22, 2011

Langit dan Bumi

Selasa, November 15, 2011

Konvoi Alumni UiTM makan durian

JEMPUTAN:
Program Jom Konvoi Alumni UiTM - Makan durian

Tarikh: 27 November 2011 (Ahad)
Lokasi: Dusun Durian Paya Rengas,Sungai Raya, Kg Kepayang,Perak Darul Ridzuan
Masa: Berkumpul di Tol Simpang Pulai
Penyertaan: Hanya terbuka kepada AHLI PERSATUAN & FACEBOOK ALUMNI UITM SAHAJA
(Boleh bawa satu famili seisi keluarga )

Untuk pendaftaran:
Sila SMS – alumni uitm_ NAMA _ Konvoi durian
di no. 017 407 4246.

PENDAFTARAN NAMA SELEWAT-LEWATNYA PADA
21 NOVEMBER 2011 (ISNIN)

Tema: Semua Alumni yg berminat untuk menyertai program ini DIWAJIBKAN untuk memakai baju bewarna HITAM

PENGESAHAN PENYERTAAN AKAN DIMAKLUM SECARA SMS. TEMPAT TERHAD !!!
--
Persatuan Alumni UiTM Malaysia
No.11B, Jalan Nelayan 19/A,
Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-55420091 Fax: 03-55480091
Email / Facebook : uitmalumni@gmail.com

Ahad, November 13, 2011

Kuda kepang

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

P/s: Aku first time tengok benda ni malam semalam kat Sekinchan, kat rumah orang kenduri. Ada yang bersilat, panjat pokok ceri dll.

Khamis, November 03, 2011

Huzaifah Ibn Yaman



Huzaifah Ibnu Yaman
Waahidun min asha bu nabi
Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi
Huzaifah Ibnu Yaman
Wakaana sodiqun Nabi
Huzaifah Ibnu Yaman
Kaana ahlas sufi.....pemegang rahsia Nabi s.a.w....
mampu membezakan antara org mukmin & munafik..

Jumaat, Oktober 28, 2011

Feri Pulau Pinang

Rabu, Oktober 26, 2011

Maldives

www.visitmaldives.com

Selasa, Oktober 25, 2011

Laut Mati di Jordan

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Baca lagi kat sini

Selasa, Oktober 18, 2011

Lifetime Warranty

Ini keputusan yang dibuat oleh Datuk Syed selepas beliau mengalami sendiri masalah yang berkaitan dengan power window bagi kereta Proton.

Khamis, Oktober 13, 2011

Orang beratur beli buku!!

Ini berlaku kat Big Bad Wolf Book Sale 2011 (7-16 Okt 2011) di MAEPS, Serdang, Selangor. Buku murah-murah. RM 1.00 - RM 60.00. Beli buku banyak-banyak untuk potong cukai pendapatan. layari website: www.bigbadwolfbooks.com

Jumaat, Oktober 07, 2011

The Drummer

Rabu, Oktober 05, 2011

George Harrison: Living in the material world

Selasa, Oktober 04, 2011

Tasbih Kifarah

"Subhanakallah humma wabihamdika Asyhaduan lailahailla anta astaghfiruka waatubu illaik" .

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis. Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Isnin, Oktober 03, 2011

QR Code

Ini merupakan QR Code bagi blog aku. kalau nak create QR code ni, sila pi ke ---> http://qrcode.kaywa.com

Sabtu, Oktober 01, 2011

2 Raksasa

Konsert 2 Gergasi pada 1 Oktober 2011 di Stadium Merdeka, KL. Tiket harga RM 73.00

Jumaat, September 30, 2011

Musim Haji

Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.

Maksudnya:

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Khamis, September 29, 2011

Nasi Lemak 2.0

Rabu, September 28, 2011

Skrol Laut Mati

BAITULMUQADDIS – Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin.

Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet. Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di Qumran di tepi tebing Laut Mati. Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang antik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean.

Sumber: Kosmo (28 Sept 2011)