Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
Maksudnya:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".
Jumaat, September 30, 2011
Khamis, September 29, 2011
Rabu, September 28, 2011
Skrol Laut Mati
BAITULMUQADDIS – Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin.
Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet. Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di Qumran di tepi tebing Laut Mati. Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang antik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean.
Sumber: Kosmo (28 Sept 2011)

Ahad, September 25, 2011
Lepak Library sat
Lokasi: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Sek 13, Shah Alam.
Fasiliti: Wi-fi, air-cond (sejuk), tempat bacaan ringan, Internet (RM 1.00 sejam), XD-Theatre, TV, Sofa, buleh bawak laptop, ipad, cafe, etc.

Khamis, September 15, 2011
Rabu, September 14, 2011
Ahad, September 11, 2011
Baraan rapatkan silaturahim
Baraan rapatkan silaturahim
Utusan Malaysia – 9 Sept 2011
Oleh HELMI MOHD FOADSELESAI bacaan tahlil dan doa kepada para arwah dan sekian muslimin serta muslimat yang dilakukan selepas solat sunat Aidilftri, soalan pertama ditanya pada sekalian jemaah adalah: "Bagaimana tahun ini, kita buat baraan tak?"
Soalan yang sudah pasti dijawab: "Ya" oleh para jemaah surau Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Mana mungkin tradisi turun temurun yang diamalkan sekian lama oleh masyarakat Islam berketurunan Melayu Jawa itu dilupakan. Biarpun generasi bersilih ganti, tradisi baraan di Aidilfitri telah dilestarikan sejak sekian lama.
Dahulu, biasanya baraan dibuat sehingga empat sesi iaitu hari pertama raya adalah baraan golongan dewasa termasuk warga emas lelaki, kemudian diikuti pada hari berikutnya anak-anak muda lelaki, kaum ibu dan seterus kumpulan gadis-gadis pingitan di kampung. Namun perubahan zaman berlaku, generasi lama sudah tiada dan anak-anak muda ramai sudah berumah tangga dan berhijrah ke luar. Kini tinggal hanya dua sesi baraan - kaum lelaki dan kaum ibu sahaja!
"Esok pukul 9 pagi, kita mulakan baraan dengan semua ahli jamaah berkumpul di surau," demikian keputusan sepakat bagi menjayakan baraan tahun ini.
Kebetulan tahun ini giliran penulis berhari raya di kampung halaman di Tali Air 10. Jadi peluang mengikut baraan pada tahun ini tidak dilepaskan dan menyempurnakannya dari awal sehingga akhir. Apatah lagi teringat pada khutbah Aidilfitri sebelum itu, khatib berkali-kali berpesan kepada para jemaah tentang betapa penting lebaran diisi dengan program ziarah menziarahi, kunjung mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara sanak saudara dan jiran tetangga. Silaturahim perlu diperkukuhkan meskipun dengan orang yang telah memutuskan tali persaudaraan dengan kita, tegas khatib.
Justeru, ia sejajar dengan semangat silaturahim yang dibawa dalam tradisi baraan - budaya kunjung mengunjungi secara berkumpulan di pagi Aidilfitri yang diwarisi sejak sekian lama oleh masyarakat Jawa. Mungkin dalam suasana yang berbeza mengikut keadaan setempat sama ada di Selangor, Johor atau di sebelah Perak, baraan ternyata benar-benar meriahkan suasana Aidilfitri. Seawal pukul 9 pagi keesokannya, hampir 60 ahli jemaah siap berkumpul di pekarangan surau. Kanak-kanak, anak-anak muda dan generasi warga emas yang masih kuat kudratnya tidak ketinggalan mahu menjayakan baraan di lebaran ini. Masing-masing lengkap berbaju Melayu, bersongkok dan berketayap dalam suasana penuh berwarna-warni. Penulis turut membawa anak lelaki, Nur Ali Irfan, 9 agar dia mengenali tradisi mulia baraan ini sejak di peringkat rebung lagi.
"Nak duit raya tak? Jom, ikut abah pergi baraan," kata penulis. Bagi memudahkan perjalanan menghabiskan 'penjelajahan' dari satu kampung dalam baraan, motosikal menjadi pilihan. Deruman enjin motosikal meskipun membingitkan telinga di samping dentuman mercun bola saling berbalas (sudah pasti agak merbahaya jika tidak berhati-hati) bagaikan mengiringi pergerakan rombongan.
Menggeleng-geleng kepala pakcik-pakcik malah ada yang melatah terkejut dek dentuman mercun tetapi semua itu tidak mengapa. Ini lebaran, biarkan sahaja anak-anak muda itu bergembira. Destinasi pertama rumah tuan imam kampung, Basri Abdul Karim yang kami tuju. Kalau tidak kerana baraan mungkin penulis sendiri tidak berkesempatan menziarahi rumah pak ustaz yang lemah lembut tutur bahasanya itu. Dia tersenyum ramah menyambut salam yang saya hulurkan.
Di rumahnya, tuan imam sempat menitipkan pesan-pesan tentang kepentingan ziarah menziarahi. Sesudah itu, anggota baraan bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Kebiasaannya setiap wakil tuan rumah akan turut serta dalam rombongan. Itu 'syarat wajib' atau sebenarnya sikap tanggungjawab dan tanda sepakat jika mahu rombongan baraan singgah ke rumah. Tiba di rumah tetangga, tersenyum tuan rumah menyambut anggota-anggota baraan dengan hati penuh gembira (walau begitu ramai, tidak terhitung jari).

Langgan:
Catatan (Atom)