Rabu, Februari 29, 2012

Hukum Bunuh Cicak

Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?

Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.

Terdapat juga hadis mengatakan:

1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”.
2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”
3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.

Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".

Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawap:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".

Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..,a matlah wajar kita membunuhnya bukan?

Sumber: Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).

Rabu, Februari 22, 2012

Street Accoustic Battle

Sabtu, Februari 11, 2012

Doa Nabi Musa a.s.

Doa ini adalah doa yang amat manfaat. Doa ini berisi hal meminta kemudahan pada Allah dan agar dimudahkan dalam ucapan serta dimudahkan untuk memahamkan orang lain ketika ingin berdakwah.

Doa ini dari Nabi Musa ‘alaihis salam. Namun doa ini boleh diamalkan pula oleh kita sebagaimana ditunjukkan oleh para ulama dalam berbagai kitab doa. Doa ini terdapat pada firman Allah Taala:

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِ

[Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” (Thoha: 25-28)

Isnin, Februari 06, 2012

Cer pikio perakfm

cer pikio!!! setiap Isnin, jam 3-5 petang di PerakFM.

Facebook: Cer Pikio Perakfm

Rabu, Februari 01, 2012

Desa Balqis