Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4
pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu
pembohongan. Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim
memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara.
Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki
bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu
Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul
dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan
rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim
tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar
Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa
diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan
pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas
kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar
pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di
bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang
malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini. Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy. Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak
Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy
berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya.
Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi
tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif
dalam sukan.”
Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy
seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah.
Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena
penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya
tentu mencabar.”
Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa
Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana
terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan
jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy.
Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula
tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca
ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka
buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis
laporan dalam buku rekod Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua
pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus
dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas
kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy
dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang
dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya. Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah. Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh
Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan
membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang
ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik.
Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim.
Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina,
satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa
saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin
bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah
ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali
Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu
masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari
ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu
Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai
bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim. Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil
ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah.
Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah
tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang
patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah
ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim
Sumber: Tuan Ibrahim Tuan Man (Internet)
P/s: Asal-usul Hari Guru di Malaysia, klik sini
Khamis, Mei 16, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan