Ahad, Julai 28, 2013

Jom cari Lailatul Qadr

Gambar ihsan Lembaga Zakat Selangor

Selasa, Julai 23, 2013

Sultan derma buku

Sumber: NST

Jumaat, Julai 19, 2013

Kad raya 2013 dan Pos Malaysia


Rabu, Julai 17, 2013

Rakyat Malaysia dan BNM

Pada 5 Julai 2013, Bank  Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).
Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.
Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.
Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.
Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?
Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?
Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?
Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.
Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:
i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.
ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.
iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.
iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.
v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.
vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.
Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.
Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...
- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM
 
Sumber: Internet

Selasa, Julai 16, 2013

Pandangan agama kepada bahaya dadah



Pandangan menurut agama Islam:

Salam Al-Quran istilah ‘khamar’ adalah digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan akal fikiran. Dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis ‘khamar’ kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan dan menyebabkan ketagihan, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Pandangan menurut agama Kristian:

“Tuhan telah menjemput kita untuk membentuk masyarakat yang adil dan kasih. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangkan potensi kita sepenuh mungkin dan kerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah hidup, supaya kamu dan keturunan kamu akan hidup”
Deut.30:19

Pandangan menurut agama Buddha:

“Pemabuk dan penagih dadah hilang harga diri, daya pertimbangan, akal dan penghancuran diri dari segi jasmani dan rohani”
Anenttava Nikaya

“Mereka yang biasa dengan dadah hilang maruah dan ketakutan mereka dan didorong menghancurkan keamanan dan kebahagiaan orang lain”
Samyutta Nikaya

Pandangan menurut agama Hindu:

Sebuah buku Tamil (Kural) menyebutkan bahawa:

“Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati”

Dharma Hindu mengatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, berbahaya atau mencederakan orang lain dikira ‘adharmic’ di mana balasannya adalah penderiataan. Oleh kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap sebagai ‘adharmic’. 

Sumber: 

Jumaat, Julai 12, 2013

Palestin Menuju Kemenangan - 14 Julai 2013


Rabu, Julai 10, 2013

Rim + Tyre for sale


Selasa, Julai 09, 2013

Cara solat Taraweh bersendirian


Soalan;

1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Sumber: http://fiqh-am.blogspot.com

Isnin, Julai 08, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Sabtu, Julai 06, 2013

Sinar Ramadhan oleh Arwah Ustaz Asri dan Nadamurni