Selasa, Januari 19, 2021

Let's Read and Review @PPM: RUYUP

 

[Let's read and review @PPM]
Ulasan Buku
Tajuk: Ruyup
Penulis: Shaari A.B.
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Holdings: Perpustakaan Mini Nandre, Shah Alam
Ulasan:
Ruyup memaparkan konflik yang berlaku antara Kidam, ketua kampung Gunung Bayu, dengan anak buahnya. Kekayaan yang diperolehi Kidam fengan cara yang tidak jujur telah menyebabkan dirinya dihimpit dengan pelbagai masalah. Akibatnya, dia bukan sahaja kehilangan harta benda, tetapi juga persahabatan dan rasa hormat daripada anak buahnya. Novel ini mengambil latar belakang zaman darurat dengan pelukisan kehidupan penduduk desa Gunung Bayu, yang jauh di pedalaman dan berhampiran hutan rimba tempat bersarangnya pengganas komunis. Ruyup turut mengangkat corak kehidupan warga desa seperti memugar hutan rimba, berdenak tekukur, menjala ikan di rimba, menggetah burung dan menanam padi huma, serta tentang cara berfikir dan cita-cita hidup mereka.
"Langit cerah berterusan sejak matahari mula merangkak ke ruang siang dari awal tadi. Suasana alam di seluruh Desa Gunung Bayu amat menyegarkan. Angin pagi yang lembut bagaikan diseru-seru mengabdikan desirannya bersambung-sambung"

Rabu, Januari 13, 2021

Seluar Sekolah Baharu

 

SELUAR SEKOLAH BAHARU
Seluar sekolah dah ketat, guna ja seluar abang ka... tak gitu? Cuba la try....
Pameran karya Lat ini ada di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar.

Sumber: Koleksi LAT