Selasa, Ogos 09, 2005

Jerebu oh jerebu...

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapun-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.
Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak :)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

darurat yeah.............................

Tanpa Nama berkata...

la ni jerebu balik la...bila la depa nak padam kebakaran tu?